Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai sebuah siri tempatan, Stay Away From Me yang diterbitkan oleh sebuah syarikat aplikasi pasangan sejenis, Blued.
Libatkan Pelakon Melayu Di Bawah Umur
Difahamkan, siri hubungan cinta gay itu mula disiarkan sejak Ahad dan telah mencetuskan kontroversi berikutan ia menyentuh aspek Lesbian, Gay, Bisekksual dan Transekksual (LGBT) dan melibatkan pelakon di bawah umur, Danish Iskandar yang berusia 17 tahun.
Bagaimanapun, Danish menerusi laporan Harian Metro menjelaskan pada awalnya dia tidak tahu menahu mengenai jalan cerita siri itu kerana kurang jelas dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak produksi ketika pertama kali bermesyuarat .
Menjawab persoalan orang ramai mengenai status sekksualitinya, dia menegaskan babak romantik membabitkan dirinya dan seorang lagi pelakon lelaki adalah lakonan semata-mata.
“Ramai yang menghantar mesej (DM) kepada saya, tapi kebanyakannya tidak mengecam sebaliknya mempersoalkan mengenai kemunculan saya dalam siri itu. Ada yang tanya sama ada itu benar atau tidak.
“Tak kurang juga, ada yang mempersoalkan status seksualiti saya dan tanya soalan seperti sama ada saya ‘top’ atau ‘bottom’. Ingin dijelaskan, itu hanyalah lakonan semata-mata dan saya lelaki sejati,” katanya.
Danish bagaimanapun memilih untuk tidak mempromosikan siri itu.
Influencer Dibayar Untuk Promosi
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa orang pengamal media sosial terkenal mendedahkan mereka mendapat tawaran secara berbayar daripada seorang pelakon untuk mempromosikan lakonannya dalam siri tersebut.
Dalam kriteria yang dinyatakan, pelakon itu ingin mencari ‘influencer’ di kalangan lelaki melayu dan akan membekalkan trailer video bagi tujuan promosi.
“For those yang tak clear, dalam kontrak memang tiada langsung beritahu pasal cerita ini is about to promote apps gay and tiada pun scene scene yang macam tu.
“So yea, bila dah shoot tu, dorang baru letak and baru semalam release series tu and saya baru tahu benda ni promote app gay,” tulisnya menerusi laman Twitter.
Dalam pada itu, Danish berkata, ibu bapanya bakal mengambil tindakan undang-undang berkenaan dengan apa yang telah berlaku kepadanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber : Harian metro, Murai, Gempak
Be the first to comment on "“Saya Lelaki Sejati…”- Kecoh Dakwa Diri Sendiri Tak Tahu Berlakon Drama Gãy , Ibu Bapa Masuk Campur"