Zul Ariffin Post Video Dengan ‘Sayang’, Terkejut & Kecewa, Ini Yang Dilakukan Peminat!

Memiliki badan tegap serta berwajah kacak sememangnya pakej yang cukup lengkap untuk membuatkan ramai wanita tergila-gilakan pelakon terkenal, Zul Ariffin.

Shooting with sayang today

Namun, video Zul Ariffin bersama seorang wanita ini mungkin bakal membuatkan ramai peminat ‘kecewa’. Mana tidaknya, siap bersayang-sayang! Di dalam video tersebut jelas kelihatan mereka berdua sangat rapat dan mesra termasuklah dengan cara gadis berkenaan menggelarkan pelakon itu dengan panggilan ‘sayang’.

Namun tidak dapat dipastikan apa hubungan sebenar mereka berdua. Walaupun akaun TikTok yang memuatnaik video tersebut menggunakan nama Zul Ariffin, namun disyaki ianya bukan milik aktor itu. Video yang dimuatnaik di akaun TikTok tersebut merupakan video asal daripada wanita yang dikenali sebagai Sharleen di IG miliknya.

Video yang berdurasi selama 26 saat itu meraih lebih 489 ribu tontonan dan mendapat lebih 25 ribu tanda suka di TikTok. Mungkin berlakon je kot?

@zulariffin_officiall

😉✌🏻

♬ It’s Beginning to Look a Lot like Christmas – Michael Bublé

Ramai broken lepas ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan patah hati apabila Zul Ariffin sendiri yang memuat naik video tersebut. Malah terdapat juga di antara mereka yang mendoakan supaya hubungan mereka kekal hingga ke pelamin.

 

Sumber: Zulariffin_officiall

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "Zul Ariffin Post Video Dengan ‘Sayang’, Terkejut & Kecewa, Ini Yang Dilakukan Peminat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*