Teruk Dikec4m, Sir Uzairi Letak Jawatan Sebagai Guru Pusat Tuisyen Serta -merta!

Kecoh di media sosial apabila guru tuisyen popular, Sir Uzairi atau nama penuhnya Uzairi Mohd Taib mengaku silap selepas terlanjur meminta pelajarnya memanggil dirinya dengan gelaran daddy baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Uzairi Taib (@uzairitaib)

Menerusi hantaran di Twitter, Uzairi yang viral selepas menggunakan teknik mengajar yang lincah dan menghiburkan beberapa tahun lalu meminta maaf dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pusat tuisyen di mana tempat dia bertugas.

“Kita seharusnya menjadi pendidik, tetapi kali ini, saya yang sepatutnya belajar sesuatu. Saya sedar bahawa video berkenaan telah menimbulkan kebimbangan ramai. Saya minta maaf atas kembimbangan yang tercetus disebabkan video berkenaan.

“Sebagai seorang pendidik, saya sedar sepenuhnya tentang kod etika yang mesti saya patuhi dan kepentingan terbaik semua pelajar saya yang saya pegang dengan standard tertinggi.
 
Disebabkan kecuaian saya, apa yang mungkin bermula sebagai gurauan santai ternyata bertukar menjadi sesuatu yang sangat serius.
 
 
“Dari lubuk hati yang terdalam, saya benar-benar memohon maaf kerana tersalah kata. Saya belajar daripada pengalaman ini dan saya telah memutuskan untuk berehat bagi bermuhasabah sepenuhnya atas kejadian ini. Tindakan saya itu adalah atas diri saya dan disebabkan saya sendiri.
 
“Saya benar-benar berharap semua orang tidak mengganggu rakan sepasukan saya. Mereka tidak melakukan apa-apa untuk menerima ini semua ini.“Oleh itu, saya mengemukakan peletakan jawatan saya daripada @mcplus_my berkuat kuasa serta-merta. Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi akibat daripada peristiwa malang ini,” tulisnya di Twitter.

 
Terdahulu, viral di media sosial sepotong video memperlihatkan Uzairi yang difahamkan sedang berinteraksi dengan para pelajar secara live. Menerusi video berkenaan, Uzairi meminta pelajar yang menonton memanggilnya daddy.
 
Kecaman dilemparkan kepada Uzairi memandangkan gelaran daddy tersebut merupakan sexual innuendo (sindiran seks) yang dilihat tidak patut digunakan oleh seorang guru, apatah lagi dengan anak murid bawah umur.
 
 
 
 
Apa Pendapat Anda?
 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
 
Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 
 
Sumber :Twitter Uzairitaib

Be the first to comment on "Teruk Dikec4m, Sir Uzairi Letak Jawatan Sebagai Guru Pusat Tuisyen Serta -merta!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*