P0lis Perak siasat kes bvli di MRSM, netizen dakwa terjumpa media sosial suspek?

Berikutan tular video bvli membabitkan pelajar lelaki, p0lis mengesahkan kejadian tersebut berlaku di sekolah berasrama di Perak, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua P0lis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Saya sahkan kejadian bvli itu berlaku di negeri Perak semalam dan kita baru sahaja menerima laporan mengenainya.
“Siasatan sudah dijalankan dan saya akan keluarkan kenyataan media nanti,” katanya.

Sementara itu, segelintir netizen mendakwa mereka telah menemui media sosial seperti Instagram dan Faceboook salah seorang suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan mangsa dikepung sekumpulan pelajar selain ditumbuk di bahagian perut sehingga mengundang kemarahan warganet.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi) , Twitter , Facebook, Astro Awani

Be the first to comment on "P0lis Perak siasat kes bvli di MRSM, netizen dakwa terjumpa media sosial suspek?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*