“Tebal Sungguh Kecewa Saya”- Ras Adiba Luah Rasa Kesal Kementerian Pendidikan Tidak Adil Pada OKU

Beberapa hari ini tular mengenai sikap beberapa individu tidak bermoral yang sanggup berlakon cacat demi menggunakan kemudahan yang disediakan oleh golongan OKU.

Tindakan dan kelakuan mereka mendapat kecaman dan kemarahan netizen termasuklah Senator dan bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi.

Malahan golongan tidak bernasib baik itu sendiri menyifatkan lakonan buat-buat cacat berkenaan sebagai mempersendakan dan memandang rendah kepada mereka.

Terbaru, sekali lagi Ras Adiba meluahkan rasa hampa apabila pihak kementerian meletakkan kriteria yang tidak adil buat OKU (Orang Kelainan Upaya) untuk bergiat dalam dunia seni di menara gading.

Menerusi posting di Instagram, Ras Adiba menceritakan bahawa minatnya terhadap bidang seni tidak pernah luntur walaupun fizikalnya sudah berubah.

“Saya seorang penyair, penari, penyanyi sejak di bangku sekolah. Pada 2002 saya menjadi OKU. Namun minat saya dalam bidang seni terus tebal dan tidak pernah luntur.

Kini sungguhpun keadaan fizikal saya sudah berubah saya masih terus berkarya, tanpa mengira apa kata sekeliling.”-Jelas Ras Adiba

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

Tambahnya lagi, dia akui rasa hampa melihat pihak kementerian pendidikan meletakkan kriteria tiada kecacatan sebagai syarat kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia.

“Jadi sebagai seorang yang mewakil komuniti OKU di negara kita, saya hampa melihat kriteria sebegini, untuk OKU bergiat dalam dunia seni di menara gading.

“Tebal sungguh kecewa saya.”

Mohon Pihak Berwajib Nilai Golongan OKU Seadanya

Bekas personaliti televisyen terkenal ini turut memohon pihak berwajib untuk memberi penilaian terhadap golongan OKU seadanya.

Aduhai, saya pohon pihak yang berwakib agar nilailah kami seadanya. Kami unik, bersemangat tinggi dan begitu menjiwai apa yang kami lakukan.

Lihatlah di sebalik kekurangan kami. Kerana situlah sebenarnya kelebihan kami.”-Ras Adiba

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : MuraiMy

Be the first to comment on "“Tebal Sungguh Kecewa Saya”- Ras Adiba Luah Rasa Kesal Kementerian Pendidikan Tidak Adil Pada OKU"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*