“Luruih ka bengkok check naa…”- Kak Migha Dedahkan Perangai Sebenar Elazman, Ramai Yang Tak Sangka!

Bagi sesiapa yang meminati jenama pakaian Elrah Exclusive, pasti mengenali pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nur Amirah dan El Azman yang merupakan founder kepada jenama tersebut.

Selain daripada bergelar usahawan, mereka juga adalah salah seorang influencer yang mempunyai pengikut agak ramai di laman sosial masing-masing.

Baru-baru ini kecoh bahawa Nur Amirah memaklumkan yang namanya telah dibuang daripada syarikat oleh suaminya sendiri walaupun sebelum ini dia bergelar pengarah syarikat selepas meminta untuk berpisah. Dia juga pernah mengalami tekanan perasaan atau depresi di awal perkahwinan dan pernah meminta untuk diceraikan kerana tidak berasa bahagia.

@aamiey14___

Kita doakan kak migha kuat😭#viral #VansCheckerboardDay #kaya #mewah #cerai #fypシ #fypp

♬ original sound – Aamiey 🐇

Terbaru , menerusi IG Story milik akaun Nur Amirah, sekali lagi dia berkongsi perkembangan mengenai hubungan suami isteri mereka sekarang. Tidak puas hati dengan suaminya yang susah untuk melepaskannya dan memudahkan urusan penceraian, usahawan berkenaan meluahkan gejolak dalam hati.

“Awat ingat kita ni macam dia kuat menipu?”

“Takot sangatlah aku ambik harta tu…”

“Tak malu betul dengan parents aku…”

Tak hanya itu, Kak Migha juga menyelar tindakan Elazman yang kononnya mempunyai perniagaan berjuta-juta tapi seorang yang pengecut kerana takut hartanya habis untuk isteri dan anak-anaknya.

“Sembang kemaih bisnes juta-juta tapi pengecut. Kenapa pengecut? Sebab takut sangat duit dia habis. Dia ingat kita cerai nak duit dia? Ingat aku ni macam dia kut, hidup berlandaskan duit!” tulisnya .

Sebelom kawen lagi perangai dah pelik

“Memang tau dia boya dulu…Ciss bajet hot sangat. Aku terkena dengan ayat manih dia  kot. Paihni jaga-jaga la sapa nak terkena plak. Check la dulu luruih ka bengkok noo…”

Rahsia Terbongkar… Semua Mari Cerita Kat Aku

Apapun , pendedahan ini betul-betul mengejutkan. Tak sangka perangai sebenar macam tu sekali . Kita doakan Semoga cepat2 masalah suami isteri ini boleh diselesaikan dengan segera . 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Nur Amirah

Be the first to comment on "“Luruih ka bengkok check naa…”- Kak Migha Dedahkan Perangai Sebenar Elazman, Ramai Yang Tak Sangka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*