Jujur Takkan Selamatkan DSV Jika Jatuh Kolam, Calon PA Bagi Alasan Lucu

Setelah episod percintaan terdahulunya gagal, kini Datuk Seri Vida (DSV) sedang mencari pembantu peribadi (PA) terbaru dengan tawaran gaji lumayan iaitu sebanyak RM10,000.

Namun apa yang menjadi perbualan hangat netizen adalah syarat kelayakan calon kerana keutamaan cuma diberi kepada lelaki muda, bujang serta wajib berwajah handsome.

Pagi tadi, pengasas kosmetik tersebut diundang ke konti radio Hot FM bagi bertemu dengan salah seorang calon pembantunya. Terdahulu, DSV memperbetulkan salah faham netizen yang tergamak mendakwanya ada tujuan lain pula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Jelasnya, kriteria tersebut bertujuan untuk memudahkan dari segi komitmen terhadap semua urusan melibatkan perniagaannya nanti.

Dalam pada itu, pemuda dikenali sebagai Roy ini gigih merantau dari Muar ke KL semata-mata ingin mencuba nasib sebagai PA terbaru Datuk Seri Vida.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Dia yakin untuk menggalas jawatan tersebut berbekalkan pengalaman mengurus sebuah perniagaan kecil bersama seorang rakan, selain telah mendapat restu ibu bapa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Penyampai Hot FM turut sempat menguji persediaannya sekiranya menjadi PA nanti, berdasarkan beberapa contoh situasi. Namun sewaktu disoal apa tindakan pertamanya jika ternampak majikan tiba-tiba panik ketika berenang di swimming pool, Roy menjawab mungkin terus panggil penyelamat.

Ia sekali gus menimbulkan reaksi kecoh seketika oleh DSV, yang mempertikai kenapa tidak terus menyelamatkannya. Menjawab persoalan tersebut, Roy berterus terang risau tak mampu untuk melakukan perkara tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :IG hotfm976

 

Be the first to comment on "Jujur Takkan Selamatkan DSV Jika Jatuh Kolam, Calon PA Bagi Alasan Lucu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*