“Kami dah bawa haluan masing2…”- Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bercerai, Pesanan untuk Anak Buat Ramai Sebak

TIADA angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali pada Rabu memaklumkan dia dan pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama.

Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, yang berkongsi berita duka itu di Instagram berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua… Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

fizi3

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018.

Dalam pada itu Fizi berkata, dia dan Shakilla akan membesarkan anak mereka Ameena, 2, bersama-sama dan memberi kasih sayang sepenuhnya.

Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.

“Kami harap semua pihak dapat menghorm4ti keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini.

fizi

Pasangan ini dikurnia seorang anak perempuan Ameena yang berusia dua tahun.

“Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh reda.

“Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” ujarnya.

Fizi berkahwin dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Kami dah bawa haluan masing2…”- Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bercerai, Pesanan untuk Anak Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*