“Otak Dia Bergegar…Blackout Sekejap”- Emelda Cuak, Tolak Adlin Tak Sangka Sampai Ini yang Terjadi!

Pelakon Emelda Rosemilla berkongsi detik cemas apabila secara tidak sengaja menyebabkan kecederaan ringan kepada suaminya, Adlin Aman Ramlie.

Menceritakan semula kejadian tersebut menerusi sebuah hantaran video di laman sosial Instagram (IG), Emelda berkata kemalangan tersebut berlaku ketika penggambaran sebuah drama.

Menurut Emelda dalam sebuah babak bersama Adlin, dia telah menolak suami sehingga terlanggar meja dan kepalanya terhantuk ke sebuah almari.

Tambahnya lagi, dia panik apabila mendapat tahu kepala Adlin benjol dan kejadian itu meyebabkan Emelda hilang fokus untuk melakonkan babak seterusnya
 

“Mel belanja sikit scene dalam ABNORMAL. Masa Mel tolak Adlin dia terlanggar coffee table kat belakang lalu jatuh and kepala dia hit kuat another cabinet kat belakang tu.“Dia blackout untuk beberapa saat. Dia kata otak dia bergegar.Ya Allah perasaan ketika tu Tuhan je yang tahu, habis menganggu kosentrasi Mel nak buat scene lain, sebab kepala dia benjol. “Bunyi kuat tu, bunyi kepala dia terhantuk.Sisthur terpush kuat kerana lupa diri. Terlalu fokus dengan lakonan membuatkan terlupa teknik.“Nasib scene dengan isteri, kalau dengan orang lain entahlaa apa jadi…Tengok TV memang best, nak buat tu memang mencabar,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Emelda sebelum ini mengaku selesa berlakon disamping suami kerana mereka mempunyai lebih banyak ruang dan masa untuk berbincang tentang peranan masing-masing.Antara drama yang menggandingkan pasangan suami isteri ini ialah Dukun Diva yang sedang ditayangkan di Astro Citra.Menerusi Dukun Diva, Emelda dan Adlin memegang watak sebagai Datuk DD dan Datuk Saddiq yang merupakan seteru dalam perniagaan.Emelda turut berkongsi snippets lakonannya bersama Adlin di IG dan mendapat pujian pengikut termasuk rakan-rakan selebriti.Rata-ratanya terhibur melihat gelagat Datuk DD dan Datuk Saddiq.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Emelda Rosemila (@emeldarosemila)

 
Datuk DD dan Datuk Saddiq pada mulanya merupakan sahabat baik sehinggalah salah seorang daripada mereka belot dan tikam belakang.Disebabkan itu, rasa tidak puas hati mula timbul kerana berasakan pesaing bermain kotor sehingga khidmat dukun digunakan.
 
Apa kesudahan kisah Datuk DD dan Datuk Sadiq? Jangan lupa tonton Dukun Diva pada setiap Isnin, pukul 9 malam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
 
Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 
 
Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Otak Dia Bergegar…Blackout Sekejap”- Emelda Cuak, Tolak Adlin Tak Sangka Sampai Ini yang Terjadi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*