V BTS Paling Cepat Raih 1 juta dan 10 juta pengikut IG, Pecah Rekod Dunia!

KUMPULAN K-Pop iaitu BTS sememangnya menjadi kegilaan ramai dan mempunyai peminat hampir di seluruh dunia.

Malah, tujuh anggota kumpulan BTS itu juga baharu sahaja mengejutkan peminat dengan mendedahkan akaun Instagram peribadi mereka pada 6 Disember lalu.

Bukan itu sahaja, Guinness World Records juga telah mengesahkan ahli BTS iaitu V telah memecah rekod dengan mencapai jumlah pengikut 1 juta dan 10 juta paling cepat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by V of bts (@thv)

Dalam masa 43 minit, pengikut V mencecah 1 juta dan jumlah terus meningkat ke 10 juta dalam masa 4 jam 52 minit sahaja.

Kini kesemua ahli BTS mempunyai jumlah pengikut di laman Instagram peribadi mereka melebihi 20 juta setiap orang.

Sebelum ini, BTS berjaya memecah lima rekod dunia sebagai kumpulan dengan lagu hit mereka berjudul Butter.Soompi

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "V BTS Paling Cepat Raih 1 juta dan 10 juta pengikut IG, Pecah Rekod Dunia!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*