“Aku pula yg nak nangis”- Datin Shahida Kongsi Kata Semangat Untuk Sajat Buat Dikagumi Ramai

Sejak berdepan dengan pelbagai isu, usahawan bengkung dan barangan kemas bernama Nur Sajat telah pun pindah ke Australia. 

Terbaru nama rakan baiknya iaitu Aliff Syukri tiba-tiba turut terpalit sama akibat seorang pembida yang telah melarikan diri. Satu video live antara Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat telah dimuat naik menerusi akaun TikTok @achik_ezza semalam.

Datin Shahida diminta oleh suaminya untuk memberi kata-kata semangat kepada usahawan wanita berkenaan.

Sebaik sahaja mendengar isteri rakan baiknya mula bercakap, Sajat terus menangis sebelum memohon maaf sekiranya ada terbuat silap sepanjang tempoh persahabatan mereka.

Melihat dia sudah teresak-esak, Datin Shahida meminta agar terus bersabar dengan ujian yang menimpanya. Dalam pada itu, pasangan suami isteri tersebut menasihati Sajat agar tidak lupa menunaikan ibadah serta kedua-dua ibu bapanya.

Wanita bertudung itu juga mengingatkannya terus bersangka baik dengan Allah dan percaya sesuatu perkara baik akan datang kepadanya selepas itu.

@achik_ezza

seronok kan. ada kawan yang bagi kita semangat. 💪 selalu ingatkan kita pada allah ♥️

♬ original sound – U M M I 💕

Sejak dikongsikan 22 jam lalu, video tersebut telah meraih hampir 200 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji serta bersetuju dengan tindakan Datin Shahida menasihati rakannya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok achik_ezza

Be the first to comment on "“Aku pula yg nak nangis”- Datin Shahida Kongsi Kata Semangat Untuk Sajat Buat Dikagumi Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*