“Celak4 Tahap Neraka Jahanam!”-Adibah Noor Naik Angin Ada Individu Mahu Rompak Rumah Mangsa Banjir

Pelakon, penyanyi, dan pengacara Adibah Noor meluahkan rasa berang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab berikutan terdapat laporan  cubaan merompak rumah mangsa-mangsa banjir.

 Cubaan Merompak Di Kawasan Kejiranan Rakan

Menerusi laman Twitter, Adibah menceritakan bahawa dia berkesempatan untuk ke rumah rakannya yang  ditenggelami air . Namun begitu, kongsi penyanyi ini terdapat cubaan merompak berlaku di kawasan tersebut.

“Saya pergi ke rumah rakan saya setelah ditenggelami. Hanya kerana mereka tinggal kat dalam rumah batu yang bertingkat tinggi. Ada cubaan merompak dalam kejiranan tu.”- dedah Adibah

“Kau Dah Planning Nak Merompak Bagai Ya”-Adibah Noor

Tambahnya lagi, mangsa banjir terus diuji dengan dugaan pabila terpaksa menanggung kerugian akibat banjir namun dalam masa yang sama terdapat individu tidak bertanggungjawab cuba berbuat perkara yang tidak baik terhadap mereka.

“Dahlah orang terhumban dalam kesusahan secara tiba-tiba. Dengan yang masih terperangkap secara tiba..yang menanggung segala lerugian, m4ti akal, m4ti semangat nak hidup tak tau macam mana.

Kau dah planning nak merompak bagai ya. Memang celaka tahap neraka jahanam orang macam ni.”- tegas Adibah

Gesa Orang Ramai Buat Laporan Polis 

Dalam pada itu, Adibah yang juga peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) turut menggesa orang ramai untuk bertindak pantas membuat laporan polis sekiranya kejiranan mereka mempunyai risiko dicerobohi.

“Kalau kejiranan anda ada risiko dicerobohi oleh mereka yang nak ambil kesempatan merompak. Cepat-cepat report polis, dan usahakanlah agar keselamatan sesama kejiranan dijaga bersama. Waspada. Moga Allah permudahkan.”-Pesan Adibah

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : MuraiMy

Be the first to comment on "“Celak4 Tahap Neraka Jahanam!”-Adibah Noor Naik Angin Ada Individu Mahu Rompak Rumah Mangsa Banjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*