“Saya & Zul Ariffin memang sangat rapat…”- Ruhainies Tak Kisah Dikata Orang

Baru-baru ini, tular video memaparkan aksi mesra pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan pelakon Ruhainies sehingga ada yang mengatakan mereka seperti pasangan kekasih.

Malah, ada yang memberi restu jika mereka menjadi pasangan kekasih dan berkahwin. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia dan Zul tiada hubungan istimewa dan hanya sekadar rakan karib sahaja.

“Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan ‘bersua­ra’. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.

“Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu,” katanya.

@zaharzbubu7

Hari ni depa lagi sweet laaaa, auchhhh 😜

♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Kata Ruhainies lagi, orang luar yang tidak mengenali hubungan rapat mereka mungkin kurang senang melihat kemesraan mereka itu.

“Tapi Zul sangat mengenali saya dan begitu juga sebalik­nya. Dia tahu perangai saya dan saya juga tahu perangai dia. Zul sebenarnya bukanlah seperti apa yang orang ramai fikirkan,” katanya.

@zaharzbubu7

Sweet tak zul dan ruhainies?? !! Hehe 😂

♬ Title – Meghan Trainor

Menurut Ruhainies lagi, dia menjelaskan bahawa kedua-dua video tersebut dirakam oleh pembantu peribadinya sendiri sebelum dimuat naik dalam TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Saya & Zul Ariffin memang sangat rapat…”- Ruhainies Tak Kisah Dikata Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*