Wow! Mat Salleh Jadi Sukarelawan Bantu Bersihkan Bekas Banjir Dipuji Ramai

Sejak hari pertama kawasan Selangor dilanda banjir, ramai orang datang memberikan bantuan makanan dan pakaian  .Kini, Aktiviti kesukarelawan lebih tertumpu pada kerja-kerja pembersihan rumah penduduk yang terjejas.

Di TikTok, sebuah video yang dikongsikan oleh @RyanHowlett tular selepas dia menceritakan pengalamannya sepanjang 3 hari mengorbankan masa dan tenaganya di kawasan terlibat dengan banjir.

Antara lokasi yang dibantu termasuklah Chow Kit, Kota Kemuning dan Hulu Langat. Sepanjang tiga hari menyertai gerakan bantuan tersebut, lelaki bermata kelabu tidak hanya mengagihkan makanan serta keperluan asas semata-mata.

Sejak dimuat naik semalam, video tersebut telah meraih hampir 350 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sikap Mat Salleh itu yang amat prihatin dengan penduduk Malaysia di sekelilingnya.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :TikTok @RyanHowlett

 

Be the first to comment on "Wow! Mat Salleh Jadi Sukarelawan Bantu Bersihkan Bekas Banjir Dipuji Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*