“Jadah Kereta Kebal Masuk Air” – Perli Pasal Aset? Ex Pegawai TUDM Tegur Caprice

Sejak kejadian banjir yang melanda Sabtu lalu, persoalan tentang ke mana perginya petugas keselamatan masih lagi menjadi isu dan perdebatan hangat. Sehinggalah hari yang ketiga bencana tersebut, barulah kelihatan jentera-jentera milik anggota pertahanan dibawa masuk ke kawasan terjejas.

Di media sosial, beberapa akaun termasuklah milik artis iaitu Caprice dan juga Fadzil Zahari telah memuat naik posting berbentuk ‘double meaning‘ seolah-olah mempersoalkan keberadaan aset-aset keselamatan negara ketika berlaku bencana darurat.

Merasa terkesan dengan isu itu, seorang bekas pegawai TUDM iaitu Capt (R) Raeiz Hamed RMAF berharap ada permohonan maaf dibuat kepada semua agensi keselamatan yang menerima sindiran sedemikian rupa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds 🧢🍚 (@daddycapofficial)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fadzil Zahari (ProkuyaStudios) (@fadzilzahari)

@ayamperap00

Tuntutan permohonan maaf. #fyp #raeizhamed #Caprice

♬ original sound – MATA-MATA AYAM

Kau pernah masuk tentera ke? Tahu tak ada aset yang kau upload di posting tu sebenarnya tak sesuai untuk banjir

Jelas beliau, tidak semua aset atau jentera milik anggota keselamatan sesuai digunakan untuk proses menyelamatkan penduduk yang terjejas dalam banjir. Lebih-lebih lagi seperti kereta kebal yang turut disertakan dalam posting Caprice.

Meskipun tidak berlaku bencana, anggota pertahanan sebenarnya sentiasa memantau serta menjaga keamanan negara 24 jam. Jadi tegas beliau semula, tidak wajar mereka disindir sebegitu rupa.

@ayamperap00

DENGAR DAN NILAI DENGAN FIKIRAN YG BIJAK #Caprice #raeizhamed#fyp

♬ original sound – MATA-MATA AYAM

Caprice Perli Pasal Aset? Ex Pegawai TUDM Tegur -"Jadah Kereta Kebal Masuk Air" 2

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama merasai kekecewaan seperti yang ditunjukkan beliau. Malah ramai meminta untuk tidak saling menyalahkan antara satu sama lain apalagi Malaysia kini sedang berada di situasi genting.

Caprice Perli Pasal Aset? Ex Pegawai TUDM Tegur -"Jadah Kereta Kebal Masuk Air" 3

Caprice Perli Pasal Aset? Ex Pegawai TUDM Tegur -"Jadah Kereta Kebal Masuk Air" 4

Caprice Perli Pasal Aset? Ex Pegawai TUDM Tegur -"Jadah Kereta Kebal Masuk Air" 5

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok ayamperap00, Instagram Caprice & Fadzil Zahari 

 

Be the first to comment on "“Jadah Kereta Kebal Masuk Air” – Perli Pasal Aset? Ex Pegawai TUDM Tegur Caprice"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*