“Kau cuci apa tu?”- Tular video ‘tembak2’ air guna water jet, JKM Bersuara ‘Back up’ Rina Harun

Sejak semalam, video Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun yang sedang mencuci longkang Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah tular dan mendapat pelbagai komen negatif berhubung tindakannya.

Tak hanya itu, aksi beliau menembak air menggunakan waterjet dikatakan tidak logik kerana kawasan tersebut bukanlah kawasan banjir dan sudahpun dicuci.

Tuduhan seperti ‘sekadar wayang’ dan ‘seolah-olah buat kerja’ berlegaran di media sosial dan pastinya ramai yang tidak selesa dengan tindakan yang dilakukan beliau.

Bagi menjelaskan hal sebenar, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat kenyataan media berhubung dengan video yang tular itu.

Pihak mereka menafikan segala tuduhan yang dilemparkan keatas menteri tersebut kerana beliau dan 200 lagi sukarelawan telah bertugas membersihkan najis unggas dan cicak serta mengemas PPS yang akan ditutup.

Aktiviti pembersihan tersebut dilakukan berikutan PPS di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi perlu dipulangkan dalam keadaan bersih dan teratur.

Selain dari mengemas bilik darjah, Rina Harun turut sama-sama mengemas khemah-khemah yang digunakan mangsa banjir untuk disimpan dan digunakan pada masa akan datang.

Diakhir penjelasan tersebut, pihak JKM merasakan tidak adil andai netizen sesuka hati melemparkan tohmahan kepada Rina Harun tanpa mengetahui hal sebenar kerana beliau terlibat sama dalam kerja-kerja pembersihan serta logistik.

Sumber: Faceebook Jabatan Kebajikan Masyarakat, Twitter dylawok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : OMM

Be the first to comment on "“Kau cuci apa tu?”- Tular video ‘tembak2’ air guna water jet, JKM Bersuara ‘Back up’ Rina Harun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*