“Pakai baju warna sama takut hilang…”- Cantik Berhijab Di Tanah Suci, Peminat Doakan Uqasha Senrose Terus Istiqamah

Pasangan selebriti terkenal, Uqasha Senrose dan Kamal Adli masih lagi berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah sebahai suami isteri untuk pertama kalinya.

Tidak melupakan peminat, pasangan ini kerap berkongsi momen-momen istimewa ketika mereka berdua menziarah tempat-tempat menarik di sana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Tampil manis bertudung litup sepanjang berada di tanah haram, penampilan Uqasha ternyata sering sahaja menarik perhatian peminat di tanah air.

Ramai yang berpendapat bahawa pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu lebih cantik ketika menutup aurat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil meninggalkan komen dan berdoa agar aktres itu terus istiqamah dan berhijab selepas ini.

“Harap-harap selepas ini isteri awak (Uqasha) kembali bertudung, lagi cantik dan manis.” tulis seorang netizen.

Sekitar tahun 2016 yang lalu, Uqasha telah mengundang kecaman netizen apabila dia memaklumkan enggan lagi bertudung secara sepenuh masa selepas tiga tahun mengenakan hijab.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal telah sah bergelar pasangan suami isteri pada tanggal 5 November yang lalu namun pasangan ini telah merahsiakan perkahwinan mereka sebelum membuka mulut mengenai berhubung perkara itu pada awal Disember lalu.

Uqasha Senrose Kamal Adli

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Beautifulnara

Be the first to comment on "“Pakai baju warna sama takut hilang…”- Cantik Berhijab Di Tanah Suci, Peminat Doakan Uqasha Senrose Terus Istiqamah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*