Disebalik Kemurniaan Hati ‘Abang Viva’, Rupanya Ramai Yang Tidak Tahu Kisah Hidupnya

Nama Azwan Omar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kemuliaan hati pemuda dari Melaka ini membantu mangsa-mangsa banjir menggunakan bot persendiriannya telah membuatkan ramai yang kagum dengan kebaikan yang ditunjukkan.

Sama sekali tidak mengharapkan populariti, sanggup datang seorang diri dari Melaka ke Lembah Klang untuk membantu mangsa banjir, Azwan Omar memang selayaknya digelar sebagai wira.

Dia mula mendapat perhatian ramai apabila sanggup mengambil cuti kecemasan dan hanya berbekalkan wang poket bernilai RM50 untuk isi minyak serta makan dan digelar sebagai Abang Viva.

Selepas selesai di Lembah Klang, Abang Viva bersama bot miliknya ke Pahang pula menghulurkan bantuan. Memang salute!

Namun disebalik kemuliaan hatinya membantu orang lain , ternyata dia sendiri telah menjadi kebanggaan keluarga. Kebaikan lelaki ini semakin diperkatakan apabila dia rupanya belum berkahwin dan menjaga dua orang anak kakaknya yang sudah meninggal dunia.

Menerusi temubual bersama wartawan Utusan, Abang Viva menjelaskan dua orang kanak-kanak di dalam foto keluarga yang tular bukanlah anaknya. Sebaliknya itu adalah anak kepada kakaknya yang sudah meninggal dunia.

@utusantvofficial

Terbaik abang Viva 😍. #abgvivaviral #banjir2021 #fyp #foryou #beritaditiktok #viralnewsmalaysia

♬ Intan Payung (feat. Noraniza Idris) – Bunga

“Kahwin pun belum. Bujang dan single. Yang dua orang anak itu anak akak saya yang saya jaga.”

Sejak kebelakangan ini, orang ramai terus memuji keperibadiannya dan kisah hidupnya yang ramai tidak tahu, malah, dia juga dipuji tidak terburu-buru menerima tawaran kereta yang diberikan seorang usahawan dari Kelantan.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahitrkan rasa kagum dengan kisah hidup Abang Viva yang ramai tidak tahu. Oleh sebab itu, ramai yang beranggapan bahawa darjatnya diangkat oleh Allah SWT disebabkan hatinya yang membantu ramai orang tidak kira ahli keluarga serta mangsa banjir ketika ini.

Buat masa ini Abang Viva memberi keutamaan untuk membantu mangsa banjir yang terjejas. Dia turut menyatakan tiada masalah untuk bergerak hanya menggunakan sebuah Viva.

Abang Viva memang terbaik!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Beautifulnara, utusanTV, YT

Be the first to comment on "Disebalik Kemurniaan Hati ‘Abang Viva’, Rupanya Ramai Yang Tidak Tahu Kisah Hidupnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*