Kisah Allahyarham Tuan Semasa Hidupnya Terbongkar Apabila Kucing Setia Tunggu Di Pusara Tuannya

Seakan Rindu, Kucing Setia Tunggu Di Pusara Tuannya. Anak Kongsikan Kisah Allahyarham Ayah Semasa Hidupnya

Bagi pencinta haiwan, kucing sudah dianggap bagaikan ahli keluarga sendiri. Tak kira baka import mahupun kucing jalanan, kedua-duanya pasti dilayan penuh kasih sayang oleh pencinta haiwan.

Malah, sebagai penganut agama Islam, kita dituntut untuk berbuat baik kepada binatang sepertimana dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Yaacob Ismail ini.

Menurut perkongsian anakanda beliaunya, Prof Dr Solehah Yaacob, allahyarham sering memberi kucing makan. Malah, beliau akan membersihkan isi ikan daripada tulang sebelum diberi kepada kucing peliharaannya.

Kini, setelah allahyarham meninggal dunia, kucing tersebut dikatakan sentiasa menunggu di pusaranya. Berikut adalah perkongsian Prof Dr Solehah sendiri mengenai haiwan kesayangan allahyarham bapanya.

Kucing ini dahulunya dipelihara oleh arwah ayahanda saya, Ustaz Yaacob Ismail. Setelah arwah Ustaz Yaacob meninggal dunia, kucing ini sentiasa menunggu di pusaranya.

Antara amalan yang arwah amalkan bila bagi kucing makan ikan rebus, arwah selalu buang dulu tulang, ikan yang bersih dari tulang saja yang diberi makan kepada kucingnya.

Berbuat baiklah sesama makhluk. Kita tidak tahu, barangkali makhluk yang kita jaga dan pelihara itu akan mendoakan kita setelah kita kembali ke rahmatullah suatu hari nanti.

Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi untuk kita berbuat baik kepada haiwan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Prof Dr Solehah Yaacob via siakapkeli

 

Be the first to comment on "Kisah Allahyarham Tuan Semasa Hidupnya Terbongkar Apabila Kucing Setia Tunggu Di Pusara Tuannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*