“Saya bergerak secara senyap…”- PU Abu Dipuji, Sumbang sehingga 34,000 Liter Air Bersih

PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi menyumb4ng sebanyak 34,000 liter air bersih atau satu lori tangki kepada Maahad Tahfiz Pondok Bustanul Arifin di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, semalam.

Abu berkata, sumbangan itu bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan di pusat tahfiz itu yang teruk dil4nda b4njir pada 18 Disember lalu.

“Kelmarin saya ke pusat tahfiz ini untuk turut serta membantu membersihkan lumpur bersama beberapa pasukan badan bukan kerajaan (NGO) lain, tapi disebabkan tekanan air rendah ia melambatkan proses. Disebabkan itu semalam saya hantar satu tangki air lagi. Sekurang-kurangnya boleh membantu juga mempercepatkan proses pembersihan selain mendapat bantuan bomba,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abu, sejak dua minggu lalu dia bersama beberapa rakan turut turun padang ke beberapa lokasi yang terjej4s b4njir di sekitar Selangor.]

“Saya bergerak hampir dua minggu membantu mngsa b4njir di beberapa negeri yang terjejas akibat banjir ini. Tapi saya bergerak secara senyap. Insya-Allah, hujung minggu ini saya nak ke Pahang juga. Ada beberapa lokasi juga sudah dikenalpasti terutama yang terjej4s t3ruk.

“Dalam masa sama, ada juga individu yang minta kami serahkan sumbangan satu rumah RM200. Dia minta saya cari 30 rumah. Jadi ini adalah amanah yang perlu kami selesaikan.

Selagi ada kudrat dan apa saya boleh bantu, insya-Allah saya usahakan. Mungkin hari ini nasib mereka, esok lusa kita tak tahu nasib kita macam mana pula kan. Semoga segala tindakan yang kita buat ini mendapat keberkatan Allah SWT,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro 

Be the first to comment on "“Saya bergerak secara senyap…”- PU Abu Dipuji, Sumbang sehingga 34,000 Liter Air Bersih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*