Fauzi Nawawi Tiada ‘job’ Lepas Kena ‘Gam’ Dengan Stesen TV, Ini Yang Berlaku Kepada Dirinya Sekarang

Selepas terbabit kontroversi berhubung pendedahan lawak rogol dalam sebuah program bual bicara, nama pelakon Fauzi Nawawi kini sudah tidak diterima lagi di sebuah stesen televisyen (TV).

Menurut laporan mStar Online, pelakon berusia 48 tahun itu mengakui terkilan dengan tindakan stesen TV tersebut kerana tidak memaklumkan sebab namanya telah disenarai hitamkan.

Hantaran yang dibuat oleh pengarah terkenal, Jinggo Azman yang juga merupakan suami kepada pelakon Sheila Rusli membuatkan ramai pengikutnya tertanya.

Fauzi Nawawi Bawa Diri Ke Sabah 

Ia berikutan sebuah kenyataan yang dipercayai dikirim oleh pelakon terkenal, Fauzi Nawawi kepadanya seolah-olah merujuk dia tidak lagi mempunyai ‘ruang’ di dalam industri seni ketika ini. Malah, Fauzi turut mendedahkan dia membawa diri ke Sabah untuk mencari peluang rezeki yang lain.

“memandang ruang untuk mencari rezeki sebagai anak seni sekian lama semakin sempit, saya akan mencuba nasib di Sabah kerana saya punya tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah untuk menyara setiap mereka dibawah payung saya…” tulis Fauzi kepada Jinggo

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)

Akan Kembali Sekiranya Diberi Peluang 

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Lisdawati ini turut meminta Jinggo dan Sheila dapat doakan rezekinya dipermudahkan dan akan kembali sekiranya diberikan peluang untuk terus berkarya.

“menjelangnya Tahun 2022, saya minta my Big Bro and Sis doakan pintu rezeki saya terbuka di ruang yang lain

“Andai Ruang sebagai anak seni untuk saya telah terbuka, I’ll come back and I’ll come back stronger

“Happy new year My Big Bro and family, Yang menerima hukuman, Pojie” tulisnya lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

Peminat Doakan Fauzi 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada pengikut Jinggo terkejut dengan pendedahan tersebut dan mendoakan rezeki Fauzi akan dipermudahkan. Malah, mereka turut memberi pelbagai cadangan kepada pelakon itu bagi mencari pendapatan di Sabah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

Untuk rekod, pada Oktober lalu nama Fauzi menjadi bualan hangat dan kecaman para netizen selepas berkongsi pengalaman melakonkan adegan r0g0l aktres Raja Farah di dalam sebuah filem. Perkongsian itu dibuat Fauzi menerusi sebuah program temu bual di sebuah stesen televisyen.

Susulan itu, Fauzi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan keluarga atas tindakannya itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Muraimy, OMM

Be the first to comment on "Fauzi Nawawi Tiada ‘job’ Lepas Kena ‘Gam’ Dengan Stesen TV, Ini Yang Berlaku Kepada Dirinya Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*