“Usus luka…”- Wawa Zainal alami gastrik kronik!

Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal mengalami gastrik melampau sehingga terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital, kelmarin akibat mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan.

Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 30 tahun itu berkata diserang penyakit tersebut sehingga menyebabkan ususnya luka selepas menjalani pemeriksaan dengan menggunakan peralatan kamera.

“Saya dah dibenarkan pulang semalam. Kena tahan wad satu malam sahaja. Sebenarnya saya sudah mengalami sak1t perut sejak empat hari lalu. Saya dah makan macam-macam ubat tapi ‘tak jalan’ (sembuh).

“Bila sak1t perut jadi semakin teruk, saya dibawa ke hospital dan berjumpa dengan pakar Gastroenterologi untuk masukkan kamera dalam perut. Jadi dapat tahu gastrik saya dah luka,” katanya.

Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu berkata, dia mengakui kadang-kala tidak makan kerana terlalu sibuk menguruskan bayinya selain faktor mahu menguruskan badan.

“Saya jaga bayi. Jadi kalau malam selalu lapar. Tapi saya tak makan sebab nak turunkan berat badan. Tak mahu makan banyak sebenarnya.

“Lagi pun saya pernah alami gastrik tapi tidak seteruk seperti sekarang. Sehinggalah saya mengalami sak1t perut yang teruk selama beberapa hari sebab usus luka,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Malah, ibu kepada empat cahaya mata itu juga memaklumkan ingin menurunkan berat sekitar empat kilogram (kg) sahaja daripada 52kg ketika ini selepas bersalin.

Tambah pelakon drama Sejadah Untuk Dia itu, ketika kejadian suaminya tidak ada di rumah kerana menjalani penggambaran di Johor.

“Nasib baik dekat rumah ada pembantu dan juga keluarga. Mereka yang bawa saya ke hospital. Janganlah risau sebab saya okey sekarang.

“Selepas ini saya akan jaga kesihatan dan makan dengan kerap. Takut juga gastrik datang balik,” katanya.

Tambah Wawa, dia terfikir untuk menurunkan berat badan walaupun ketika dalam pantang kerana mahu cuba mendapatkan berat badan asalnya.

“Sebelum mengandung berat saya 45 kilogram (kg). Ketika hamil sekitar 60kg. Selepas bersalin pula berat badan saya sekarang 52kg.

“Jadi saya mahu turunkan sikit berat badan sekitar empat kilogram sahaja. Tapi bila sudah diserang diet, nampaknya terpaksalah saya tangguh dahulu perancangan untuk turunkan berat badan,” jelasnya.

Selepas dibenarkan keluar hospital, Wawa berkata, doktor menasihatinya untuk menjaga pemakanan dan tidak makan makanan pedas dan panas bagi mengelak rasa sakit pada perut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Wawa Zainal

Be the first to comment on "“Usus luka…”- Wawa Zainal alami gastrik kronik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*