Tak Puas Hati, Datuk Hattan ‘Sound’ Setepek Bonda Hetty

Penyanyi, Dato Hattan dipercayai kurang gemar melihat tindakan bunda Hetty Koes Endang sebagai juri di acara Gegar Vaganza Ke-8

Bonda Hetty curi perhatian naik pentas GV8…ajar peserta cara nyanyi lebih baik

Malam tadi, Adibah Noor dan Nikki Palikat diberi tugasan menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Hetty Koes Endang semasa konsert minggu ke-7 ‘GV8’.

Namun begitu, juri dari Indonesia tersebut mencuri tumpuan ramai apabila tiba-tiba naik ke pentas sekali gus mengajar kedua-dua peserta berkenaan cara menyanyi dengan lebih baik.

@sitizones.official #aafiyah #SitiAreYouReady #fypworld #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #fypシ #xyzbca #ct #hettykoesendang #adibahnoor #berdiribuluromaku ♬ bunyi asal – Sitizone❤️

@effakyle3 #fypシ gv 8 nikki🤣🤣🥰🥰#fypシ ♬ original sound – Eғғᴀ ᴋʏʟᴇ🌸🌸

Menurut Hattan, perkara tersebut boleh dilakukan di belakang pentas.

Dah macam konsert dia pula…tapi kalau di Indonesia memang gitu, dapat juga belajar teknik nyanyi free

Hantaran tersebut nyata dibanjiri pelbagai komen serta reaksi netizen. Meskipun ada yang bersetuju dengan pendapatnya, namun majoriti netizen merasakan tiada salahnya jika cara Bonda Hetty tersebut dikekalkan. Sambil berhibur, mereka turut berpeluang menimba ilmu yang dikongsi oleh beliau.

Kalau Nak Mengajar Bukan Masa ‘Live’

Di samping itu, netizen meminta pelantun suara ‘Mahligai Syahdu’ itu supaya jangan menonton program berkenaan sekiranya tidak mahu melihat para peserta diajar ketika siaran langsung.

Susulan daripada komen netizen, Hattan memberitahu bahawa dia perlu menonton program tersebut.

Ini kerana beliau seorang penyanyi dan terlibat dalam industri seni.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : FB Hattan

Be the first to comment on "Tak Puas Hati, Datuk Hattan ‘Sound’ Setepek Bonda Hetty"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*