DSV Mengaku Tak Sayang Ibu, Sedar Perlu Buat Sesuatu Untuk Ibu Kandungnya

Diperlihatkan dengan kehidupannya yang sentiasa mewah dan cukup dengan harta yang dimiliki, siapa sangka ada kisah meyedihkan yang dihadapi oleh Dato’ Seri Vida. Berpeluang meluahkan rasa hati, DS Vida berterus-terang tidak menyayangi ibu kandungnya sewaktu masih kecil kerana tidak membesar tanpa kasih sayang wanita bergelar ibu itu.

Saya Sedar Saya Tetap Ada Ibu

Walau bagaimanapun, DSV kini menyedari wanita tersebut tetap seorang ibu yang telah melahirkannya dulu. Selepas lama tidak berjumpa, akhirnya dua beranak ini dapat bertemu jua sebelum pengusaha kosmetik berkenaan bercadang menaja satu pakej umrah.

@datoserividaofficial Tetap Mak Saya #fypシ #masukberanda #masukhabuk #fypsedih #ibu #mak #datoserivida #umrah2021 ♬ Acoustic Guitar Stroll – Dow Brain

Rupanya, usahawan itu pernah mengajak untuk tinggal bersama namun orang tuanya tetap memilih berada di pondok bersama kawan-kawan lain.

“Tetapi bila saya dah besar, saya cakap aku ada mak! Aku kena cari mak aku. Kena buat sesuatu kepada mak aku sebab dia yang melahirkan aku…

“Pertama sekali saya jumpa bila saya jumpa mak saya balik, saya bawa Mek pergi Umrah” katanya berterus-terang.

Hantar Mek ke Umrah…Riuh satu airport, Mek dah tak layan

Terbaharu, DSV ada memuat naik video ketika hantar wanita berkenaan ke KLIA. Sambil menunggu, beliau sempat berkongsi rezeki dengan jemaah umrah yang lain. Sebaik sahaja si ibu mula masuk ke balai pelepasan antarabangsa, usahawan berkenaan boleh pula berteriak memanggil “Mek” sehingga menarik perhatian ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Berikutan perkongsian video itu, rata-rata netizen menangis dengan luahan hati DS Vida terhadap ibu kandungnya itu. Ada juga yang  berkongsi rasa menceritakan pengalaman mereka yang senasib dengan DS Vida dan mendoakan agar hubungan DS Vida dengan ibunya beransur pulih serta sentiasa bertambah baik hingga ke akhirnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Tiktok DSV

Be the first to comment on "DSV Mengaku Tak Sayang Ibu, Sedar Perlu Buat Sesuatu Untuk Ibu Kandungnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*