Fitnah Pemandu Lori Mabuk, Pasangan suami isteri Tampil Beri Penjelasan

Sejak pagi tadi, tular di media sosial video seorang pemandu lori yang difitnah dalam keadaan lalok oleh seorang perakam video bersuara wanita apabila melanggar beberapa buah kereta di pinggir jalan.

Hakikat sebenarnya, pemandu lori tersebut terkena serangan jantung dan difahamkan telah meninggal dunia menurut kenyataan daripada pihak polis.

Disebabkan video tersebut tular, ramai yang berasa berang dengan wanita yang didakwa membuat fitnah terhadap individu yang sedang nazak. Ramai yang mula menggali pemilik akaun TikTok yang menularkan video berkenaan sehingga pemilik akaun itu dimuat naik ke media sosial dengan tujuan mengecam tindakannya.

Oleh hal yang demikian, akaun TikTok dikenali sebagai @mubarakkhan1535 telah tampil menafikan dakwaan tersebut kerana dia hanya berkongsi semula video kemalangan yang diperoleh dari group WhatsApp.

Menurutnya, dia memperoleh video tersebut dan sekadar berkongsi kepada kenalan di aplikasi TikTok tanpa mengetahui siapakan perakam dalam kejadian itu.

Suara wanita di dalam video berkenaan juga bukanlah isterinya dan meminta orang ramai berhenti mengecam mereka kerana mereka juga tidak tahu siapa disebalik suara tersebut.

Bimbang dengan kecaman-kecaman yang diterima, pasangan suami isteri itu telah membuat laporan kepada pihak polis bagi melindungi keselamatan mereka.

Sehubugnan dengan perkongsian tersebut, ramai yang masih tidak puas hati dengan pasangan terbabit walaupun mereka sudah menjelaskan hal sebenar serta meminta maaf.

Hal ini disebabkan tindakan mereka yang memuat naik sesuatu perkara yang tidak pasti kesahihannya telah mengundang masalah lain sehingga mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : OMM

Be the first to comment on "Fitnah Pemandu Lori Mabuk, Pasangan suami isteri Tampil Beri Penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*