Tular Video Riba Perempuan Semasa Memandu Terima Kecam4n Hebat

Ketika ini, ramai warganet yang suka memuat naik video yang dirakam tanpa sebarang penjelasan. Walaupun menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang remeh, namun boleh jadi ia memberi kesan negatif kepada individu yang dirakam.

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @anchaleejaidee1 apabila memuat naik satu rakaman video pemandu sebuah kereta Perodua Axia yang sedang meriba seorang wanita ketika memandu.

Rakaman tersebut memperlihatkan seorang wanita baring di peha pemandu kereta dengan kapsyen yang ditinggalkan di video berkenaan sedikit mengundang persepsi tidak baik dalam kalangan netizen.

@anchaleejaidee1

Dok buat apa tuuu….dan la bg smpai umh duluuu…

♬ suara asli – 𝐃𝐒𝐝𝐒𝐀_π…πšπ›π«πžπ πšπ¬

 

β€œOrang zaman sekarang ini jenis tak ada maruah dah, atas jalan pun jadi kerja…”

β€œDok buat apa tuuu… dan la bagi sampai rumah dulu…” tulis pengguna TikTok berkenaan.

Walau bagaimanapun, @anchaleejaidee1 telah menutup ruangan komen di posting berkenaan kerana pelbagai reaksi telah diperoleh sejak video tersebut di muat naik ke akaun TikToknya.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton puluhan ribu viewers dan belum ada sebarang penjelasan yang dilakukanoleh kedua-dua pihak bagi menceritakan hal sebenar kejadian tersebut.

Diharap apa yang berlaku seperti dirakam dan ditularkan ini tidak sama dengan hakikat sebenar.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Β 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TvΒ 

Sumber : TikTok @anchaleejaidee1

Be the first to comment on "Tular Video Riba Perempuan Semasa Memandu Terima Kecam4n Hebat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*