“Lain macam…”- Penampilan Terkini Coach Yin Jadi Bualan Ramai

Sebelum ini, Coach Yin menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan dia sudah menamatkan zaman bujang dan sah bergelar seorang suami.

Terbaru, penampilan pemuda berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu mencuri perhatian ramai apabila dia dikatakan semakin ‘berisi’ selepas mendirikan rumah tangga.

Setelah hampir setahun bergelar suami, penampilan Coach Yin dilihat sangat berbeza jika dibandingkan zaman bujang. Menerusi posting di Instagram, Coach Yin memuat naik sekeping foto bersama isterinya yang sedang hamil anak sulung mereka.

Pasangan ini mengucapkan selamat tahun baru buat semua pengikut mereka di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Coachyin (@coach_yin)

Menurut netizen, pasangan tersebut nampak sangat bahagia. Bukan itu sahaja, kebahagiaan tersebut bertambah kelihatan apabila badan Coach Yin yang ‘sado’ sebelum ini dilihat semakin berisi. Maklumlah, sudah ada orang yang jaga makan dan minum kan.

Lain macam bila dah nampak berisi ni. Mesti Coach Yin tengah bahagia tu. Apapun, tahniah bakal jadi bapa tidak lama lagi!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah buat Coach Yin dan isteri kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Ujar netizen, penampilan terbaru Coach Yin ini sangat sesuai dengan statusnya yang bakal bergelar bapa.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Coach Yin

Be the first to comment on "“Lain macam…”- Penampilan Terkini Coach Yin Jadi Bualan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*