Catriona Ross Mahu Anak-Anak KJ Div4ksin Dan Disiarkan Di TV!

Menerusi laporan Astro Awani baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan Kanak-kanak 5-12 tahun akan diberi suntikan Pfizer.

Tambahnya, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.

Berita mengenai isu ini mendapat perhatian daripada Catriona Ross.

Di IG Story, pelakon ini ada berkongsikan paparan tajuk berita.

Catriona seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia mungkin mahu melihat anak menteri divaksin dan dipaparkan secara langsung di televisyen.

“Mungkin rakyat Malaysia sekarang nak tengok anak anda divaksin di tv nasional dulu,” tulisnya.

Menjengah ke laman Instagram, KJ Memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen yang tertulis “Dengan hampir 95% populasi dewasa kami telah diberi vaksin sepenuhnya, kami mengadakan mesyuarat terakhir Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini.

“Baki vaksinasi untuk orang yang tersesat, penggalak, remaja dan, kemudian apabila diluluskan, kanak-kanak akan dikendalikan oleh KKM. Kepada semua orang di CITF, terima kasih.” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Berikutan perkongsian itu, ramai netizen yang meninggalkan komen buruk kepada KJ berikutan isu vaksinasi kepada kanak-kanak.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Catriona Ross,KJ

Be the first to comment on "Catriona Ross Mahu Anak-Anak KJ Div4ksin Dan Disiarkan Di TV!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*