“Nampak sangat pilih bulu…”- Kecewa, DSV Dakwa GV8 Hanya Gunakan Saiful& Yassin?

Kumpulan ‘SaYa’ yang diketuai oleh Yassin Yahya bersama Saiful Apek akhirnya tersingkir pada minggu ke-8 semalam. Ini sekali gus membuatkan mereka gagal mara ke pusingan separuh akhir apabila sekadar mendapat markah 58.20% iaitu di kedudukan paling rendah. Percubaan membawakan lagu berjudul ‘Blus Terengganu Kita’ nampaknya tidak berjaya mengagumkan para juri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Dasyat bohhhh Saiful Apek & Yassin Yahya…Lain macangg sek mu malam ni

Melihat konsep pentas yang diketengahkan oleh mereka, tidak dinafikan percubaan membawa ramai penari latar boleh dikatakan sangat menarik. Meskipun sekali dengar lagu ini nampak seperti mudah dibawa, hakikatnya ia menuntut dua penyanyi berkenaan menggunakan banyak energy sehingga persembahan itu nampak sangat ‘hidup’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Penyingkiran kumpulan pelawak itu ternyata membuatkan ramai peminat kecewa. Malah DSV sendiri selaku bekas penaja rancangan realiti nyanyian tersebut menerusi Instagramnya semalam juga sempat meluahkan kekesalan dan beranggapan ada unsur ‘pilih bulu’ kerana peserta yang bagus malah disingkirkan pula.

Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui kumpulan Sa Ya yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin telah tersingkir di peringkat suku akhir program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung pada malam Ahad.

“Ada Masalah GV Minggu Penting Ni”-Vida

Menerusi posting di Instagram, Vida berpendapat bahawa program Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8) mempunyai masalah pada minggu yang sangat penting itu dan merasakan persembahan kumpulan Sa Ya yang mempunyai ‘X Factor’ pada malam tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

“SAYA RASA ADA MASALAH GV MINGGU PENTING NI..TOWARDS KE SEPARUH AKHIR..

 “SA.YA PERFORMANCE ADA X FACTOR MALAM NI.. SHIDEE PULA NAK DI SIMPAN ..NAK SELAMATKAN ….NAMPAK SANGAT PILIH BULU..BULU PAHAT TAK KELUAR SUARA..TAPI DISIMPAN..?ATAS DASAR APA?..LAGEND? KALAU DAH SAH SAH PANCIT ? NAK SELAMATKAN LAGI?

“YANG BAGUS DI SINGKIRKAN..ADAKAH SEBAB MEREKA PELAWAK..MENJADI FILLER JER DALAM GV..TIBA TIBA LAIN JADI..MEREKA BERUSAHA BAIKI KELEMAHAN MEREKA..AKHIRNYA HASILKAN GREAT IMPROVEMENT SETIAP MINGGU…

“SAYA TAHULAH..MAINAN NI..SAYA MANTAN SPONSER GV…” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Lantaran itu, rata-rata pengikut Dato Seri Vida meluahkan pendapat masing-masing dan bersetuju dengan tindakan DSV yang bersuara mengenai ketidaktelusan dalam cara juri menghakimi persembahan peserta GV8 kalini.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram DSV,Gempak

Be the first to comment on "“Nampak sangat pilih bulu…”- Kecewa, DSV Dakwa GV8 Hanya Gunakan Saiful& Yassin?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*