Kerana Doa Ini Heliza Helmi Kantoi… DS Mahadi Terus Masuk ‘Line’ Jumpa Wali

Pejam celik sudah 2 minggu pasangan selebriti Datin Sri Heliza Helmi dan usahawan Dato’ Sri Mahadi melayari alam berumah tangga. Akui tidak pernah bercinta sebelum ini, lelaki berkenaan sempat berkongsi kembali detik perkenalan dengan isterinya itu menerusi satu temu bual bersama mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Menurutnya, mereka berjumpa buat kali pertama ketika ingin menyerahkan bantuan. Selepas mendapat tahu Dato’ Sri Mahadi akan mengerjakan Umrah, penyanyi wanita itu terus mengirimkan mesej panjang mengandungi doa untuk dibaca disana dan salah satu daripadanya adalah permintaan mengenai jodoh.

“Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama” -Heliza Helmi

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi akhirnya berkongsi gambar majlis perkahwinannya bersama suami tercinta, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, menerusi entri Instagram miliknya.

Dalam coretan tersebut, Heliza menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi dengan segala aturanNya yang terbaik buat dirinya dan pasangan.

“Kun Fayakun. Jadilah maka terjadilah, jika Allah menghendaki sesuati, maka apa pun dapat terjadi.

“Maka dengan izin dan kekuasaan Allah, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah.

“Allahuakbar, kalau anda rasa terkejut, kami pun sama,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, dia turut memberi dedikasi ringkas yang teristimewa buat suami tersayang.

“Tiada daya upaya kami melainkan Allah. Terlalu bersyukur atas segala yang Allah aturkan.

“Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz kerana sudi menZaujahkan diriku (eh ada ke ayat ini) ini yang bukan siapa-siapa,” ujarnya.

Menjengah di Instastory pula, Heliza sempat berseloroh dan akhirnya memuat naik gambar bersama suami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Saya approach nak masuk line…Dia jenis menjaga, dia ‘cantas’ suruh jumpa wali

Mengenali personaliti Heliza yang sangat sukakan misi bantuan, mementingkan keluarga dan tidak pernah terpalit dengan sebarang gosip, usahawan ini ternyata tertarik dengannya. Ketika baru sahaja ingin berkenalan dengan wanita tersebut, alangkah terkejutnya Dato’ Sri Mahadi kerana beliau diminta untuk terus berjumpa walinya.

Tak pernah tengok gosip pasal dia…Saya sebagai netizen biasa rasa memang rezekilah kalau dapat wife macam tu

Setelah beberapa ketika, mereka akhirnya disatukan tanpa bercinta terlebih dahulu. Usahawan terkenal itu akui bahawa beliau amat bersyukur ditetapkan jodoh dengan wanita pujaan ramai jejaka di luar sana kerana akhlaknya yang sempurna.

“Sejujurnya memang saya dan dia tak pernah bercinta sebelum kahwin.

“Saya dapat tahu dia single dan apabila saya approach, dia pun terima,”katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube mStar Online Malaysia, Instagram nurhelizahelmi & Instagram Mahadi BZ

Be the first to comment on "Kerana Doa Ini Heliza Helmi Kantoi… DS Mahadi Terus Masuk ‘Line’ Jumpa Wali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*