“Penat aku gelak..”-Skirt Siti Nordiana ‘Joget-joget’ Buat Ramai Terhibur

Penampilan penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Norhaliza dan Hetty Koes Endang episod lalu telah menarik perhatian penonton apabila beliau cuba meniru suara wanita dari Indonesia itu. Siapa sangka, gelagat artis minggu ini turut menghiburkan netizen.

Nana nak buat lagu yang rancak, sebab lagu Nana banyak yang slow…Jadi Nana terfikir nak buat dengan artis baru

Dalam episod kedua MeleTOP tahun 2022 malam tadi, penyanyi Siti Nordiana dan Bunga Isme tampil sebagai artis jemputan. Ditanyakan mengenai pemilihan penyanyi baru itu dalam lagu terbaharunya, wanita berumur 34 tahun ini akui genre yang dibawa selama ini banyak bersifat slow.

Oleh itu, kemunculan gadis tersebut adalah untuk menghasilkan alunan muzik lebih fresh sesuai dengan masa ini.

Selepas tamat sesi temu bual, kedua-dua artis jemputan diminta ke pentas persembahan untuk melakukan ‘battle challenge‘. Berbeza sedikit dengan cabaran minggu lepas, kali ini Siti Nordiana dikehendaki menyanyikan lagu-lagu ‘BBNU’ manakala Bunga pula akan mendendangkan yang legend.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Semasa asyik menari, kain kuning Siti Nordiana rupa-rupanya telah ‘mencuri’ perhatian penonton kerana ia melantun-lantun mengikut gerakan tuannya.

@qis.syyyyy skirt tu 😭🤣 #sitinordiana #fypシ ♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat situasi itu. Rupa-rupanya ramai antara mereka yang menunggu-nunggu perkara ini viral. Bukan itu sahaja, ada juga sempat berseloroh mengatakan skirt berkenaan diperbuat daripada spring.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Siti Nordiana, Youtube MeleTOP, TikTok qisssy & Instagram MeleTOP

Be the first to comment on "“Penat aku gelak..”-Skirt Siti Nordiana ‘Joget-joget’ Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*