“Tak Kisah Pasal Bekas Suami”- Setahun Menjanda, Lufya Terbuka Hati Untuk Bakal Berkahwin Lagi

TR4UMA mungkin bukanlah satu perkataan yang tepat untuk menggambarkan perasaan wanita bernama Lufya Omar ini.

Namun, tidak dapat tidak, tentu ada sekelumit perasaan bimbang andai mahu mendirikan rumah tangga semula terutama selepas pernah mengalami kegagalan menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang doktor perubatan estetik tidak lama dahulu.

Bagaimanapun, hanya setelah setahun menjanda, pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar ini mengaku baru kini terbuka hati untuk bercakap mengenai soal jodoh baharu sementelah merasakan diri semakin positif.

Kata penyanyi dan pelakon ini, sebelum ini, sukar untuk dirinya membuka bicara mengenai soal itu kerana masih dibelenggu dengan pengalaman lama yang berbekas di hati.

“Kalau dulu, memang hati itu tertutup, tak nak fikir langsung soal kahwin. Tetapi, rasanya, sekarang saya dah tak mahu dah sekat jodoh.

“Jika benar Allah SWT kurniakan saya jodoh yang baik dan lelaki yang tepat untuk hadir menemani hidup, saya sudah semakin terbuka dan menerima.

“Saya dapat rasakan, diri kini semakin positif berbanding dahulu. InsyaAllah,jika benar jalannya, saya okey untuk kembali berkahwin,” katanya.

Bagaimanapun, kata Lufya, usah salah faham.

Ini kerana, perkahwinan bukanlah perkara pokok yang menjadi fokus buat dirinya pada masa ini memandangkan anak tetap menjadi keutamaan dalam hidupnya.

“Iya memang cakap saya terbuka. Tetapi bukanlah bermakna saya nak berkahwin sekarang juga. Saya masih ada anak yang sedang membesar di depan mata dan dia akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

“Sebagai seorang ibu, tentulah saya akan cuba memberikan yang terbaik buat anak, apatah lagi Laana Haura adalah satu-satunya permata hati dan harta dunia akhirat yang saya ada,” katanya.

Tidak campur hal bekas suami

Mencuba melayangkan pertanyaan sama ada dia masih berkomunikasi dengan bekas suaminya, Lufya lekas-lekas menidakkan.

Tidak mahu memanjangkan cerita lantaran mempunyai sebab tersendiri, wanita ini mengaku enggan mencampuri urusan lelaki bernama Che Muhammad Hafiz Che Baharum biarpun tahu mereka berdua pernah mempunyai kisah cinta dan berkongsi hidup bersama. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Utusan

Be the first to comment on "“Tak Kisah Pasal Bekas Suami”- Setahun Menjanda, Lufya Terbuka Hati Untuk Bakal Berkahwin Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*