Isu Dimandikan Seperti Jenazah, Cucu Dijatuhkan Hukvman Kini Lantik Peguam

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan, dakwaan remaja lelaki mencuri tabung masjid bertujuan membeli ubat untuk datuknya adalah tidak benar, sebaliknya ia akan digunakan bagi mendapatkan bekalan dad4h.

Curi Tabung Masjid Bukan Beli Ubat Atuk Tapi Beli Dad4h

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, remaja berusia 19 tahun yang tular di media sosial kerana dimandikan ‘ala jenazah’ akibat cuba mencuri tabung itu dipercayai terbabit dalam penyalahgvnaan bahan terlarang itu sejak setahun lalu.

“Siasatan awal mendapati, remaja itu mencuri untuk mendapatkan d4dah, bukan untuk membeli ubat datuknya seperti tular di media sosial.

“Remaja itu didapati terbabit k3s dad4h sejak setahun lalu,” katanya kepada BH hari ini.

Semalam, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja itu.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhi hukuman itu ke atas Daniel Iskandar, 19, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang jam 11.58 malam, Sabtu lalu.

Sebelum itu, peguam Azman Abdullah yang mewakili Daniel memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan alasan ini adalah kesalahan kali pertama anak guamnya serta dia sudah insaf.

Anak guamnya dikatakan sudah memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid, manakala alasannya mencuri kerana memerlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis.

Remaja Lantik Peguam

Remaja yang dimandikan ala jenazah, Daniel Iskandar, 19, selepas cubaan mencuri tabung masjid melantik Tetuan Hariz Syakinah & Co bagi mewakilinya dengan bantuan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co mendapat maklumat terdapat satu prosiding Semakan Jenay4h ditetapkan mengikut peruntukan di bawah Bab 31 Kanun Tatacara Jenay4h di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Shah Alam pada 17 Januari ini.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, atas dasar itu dan atas arahan untuk mewakili Daniel, maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan hadir di hadapan Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, PPMM juga merujuk kepada pelbagai versi fakta dan penceritaan berkaitan latar belakang Daniel dan kejadian berkenaan, yang dalam pandangan PPMM adalah tidak begitu sihat dari sudut keadilan dan kepentingan Daniel, mahupun mana-mana pihak yang berkaitan untuk diteruskan di media sosial.

“Terutamanya dalam menghormati prosiding yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin ini.

“Justeru, PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. bagi pihak Daniel memohon jasa baik semua pihak untuk mengelakkan daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menampilkan kekeliruan lanjut di pihak masyarakat awam, sehinggalah penyelesaian prosiding di Mahkamah Shah Alam itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainul berkata, PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan memberikan kenyataan penuh yang lanjut selepas selesainya prosiding itu.

Media sebelum ini, melaporkan seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’ akibat cuba mencuri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada 11.58 malam, 8 Januari lalu.

Dia yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Harian metro, Youtube

Be the first to comment on "Isu Dimandikan Seperti Jenazah, Cucu Dijatuhkan Hukvman Kini Lantik Peguam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*