[VIDEO]Kantoi ‘Dating’ Lelaki Lain, Tunang Selamba Minta Putus

Setelah bertahun menjalinkan hubungan, setiap orang pasti ingin menghalalkan insan istimewanya secepat mungkin. Namun siapa sangka ketika kita sedang sibuk bekerja mengumpul simpanan untuk memasuki alam perkahwinan, ada pula pasangan yang berselingkuh demi kepuasan serta kepentingan sendiri.

Aku kerja selama 6 bulan…Kumpul duit nak beli emas untuk tunang aku

Sebuah video dimuat naik melalui akaun @arxxff_ tular selepas berkongsi kisah sedihnya. Pada suatu hari, dia membeli barangan kemas untuk diberikan kepada tunangnya. Dia amat bersyukur kerana hasil titik peluhnya bekerja selama 6 bulan  akhirnya membuahkan hasil sehingga mampu membelikan sesuatu buat wanita yang dicintainya.

Namun ketika pemilik video ini berada di sebuah pusat membeli belah, alangkah terkejutnya dia apabila ternampak tunangnya sedang berpegangan tangan dengan lelaki lain.

Kecewa dengan perkara tersebut, wanita berkenaan dengan selambanya meminta putus kerana menganggap insan yang ditemui itu mampu memenuhi keinginannya.

@arxxff_ 3 tahun.. hancur sekelip mata #fyp #fypシ ♬ semangat ngontennya – You+Me?

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan ujian yang dilalui oleh pemilik video ini.

Dalam masa sama, mereka memberikan kata-kata semangat kepadanya dan juga ,enceritakan pengalaman masing-masing yang senasib dengan lelaki itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :TikTok arxxff_

 

Be the first to comment on "[VIDEO]Kantoi ‘Dating’ Lelaki Lain, Tunang Selamba Minta Putus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*