Wanita Bengang Baru Sejam Letak Kereta Tapi Kena Bayar Parking Cecah RM6,000

Secanggih apapun sesebuah teknologi yang diciptakan oleh tangan manusia, tak dinafikan pasti ada kelemahan lain yang akan berlaku, baik dari segi sistemnya atau kerosakan bahagian dalaman yang kita sendiri tak tahu.

Baru-baru ini tular sebuah video seorang wanita tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan untuk cas parking kereta di sebuah bangunan sehingga mencecah Rm6000.

Menyirap bayar ‘parking’ sampai RM5K

Menerusi video itu, kedengaran suaranya yang menyirap dikenakan cas parking semahal itu. Dia akui terkejut dengan insiden itu kerana baru satu jam keretanya diletakkan di situ, namun bayarannya pula memang tidak masuk akal membuatkan dia hampir hilang sabar dengan pihak pengurusan.

“Korang tengok ni…kereta masuk pukul 11:30 tadi, kau tau tak berapa dia punya parking bayar?

“11:30 masuk tadi geng…haa tengok berapa bayar?

“Rm5,8011? Ko rasa apa? Dari pukul 11:30 sampai pukul 12:30…Rm5,800 ko rasa?!” katanya.

@mummyjlo2

bapak la mhl😂😂

♬ These Days – Nico

“Last sekali bayar RM3 je…”

Mana tidaknya, hampir sejam juga berdebat untuk menyelesaikan masalah itu dan akhirnya memutuskan untuk melihat sendiri rakaman CCTV bagi membuktikan kata-katanya.

Namun begitu, selepas diperiksa rupanya terdapat sedikit kesilapan teknikal dan jumlah yang perlu dibayar hanya RM3 sahaja.

Lantaran itu, rata-rata netizen meninggalkan komen terkejut dengan insiden itu dan berpihak kepada wanita itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Tiktok mummyjlo2

Be the first to comment on "Wanita Bengang Baru Sejam Letak Kereta Tapi Kena Bayar Parking Cecah RM6,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*