“Shuib ada ciri lelaki idaman saya…”- DS Vida Calon Isteri Shuib?

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib. 

Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini. 

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi. 

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

“RINDU ANAK ANAK AUNTY …Dah lama tak jumpa kan. Tiba Tiba rindu tengok video ni. Bila boleh jumpa Uwais , Talita , Matin. Kalini Aunty nak jumpa Ayash pulak hehe” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu. 

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. 

“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,”katanya.

Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro, Instagram DSV

Be the first to comment on "“Shuib ada ciri lelaki idaman saya…”- DS Vida Calon Isteri Shuib?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*