“Bawa Lagu Pun Macam Berlenggang”- Ramai Tak Puas Hati Ani & Shide Tersingkir, Tokram Akhirnya Buka Cerita

SEDAR dengan kesilapan yang dilakukan, penyanyi Shidee sudah menjangka dirinya tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 63, berkata, dia tidak dapat menghayati lirik dalam masa singkat sekaligus gagal memberikan persembahan terbaik pada konsert yang berlangsung malam Ahad.

Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS menyifatkan kedua-dua bintang yang tersingkir pada konsert separuh akhir malam tadi dipersetujui sebulat suara oleh barisan juri.

Jelas Ramli atau lebih popular dengan panggilan Tok Ram, Shidee dan Ani Maiyuni tidak melaksanakan tugasan (lagu) yang diberi dengan sebaik mungkin.

Shidee memang dijangka…Ani kedua-dua lagu tak begitu bagus, lagu slow & fast macam berlenggang (minit 0:46)

Sepertimana semua lihat, markah kedua-dua mereka (Shidee & Ani Maiyuni) merupakan paling rendah. Shidee memang sudah dijangka, manakala nyanyian Ani kedua-dua lagu tidak begitu bagus. Lagu slow dan fast macam berlenggang.

Dalam pada itu, Tokram turut mendedahkan bahawa juri sebulat suara bersetuju bahawa Shidee dan Ani Maiyuni tersingkir malam tadi susulan gagal melaksanakan tugasan yang diberi sebaik mungkin. Meskipun telah berikan persembahan penuh bertenaga, namun persembahan Ani dikatakan agak kurang konsisten sekali gus berada di kedudukan kedua terakhir.

“Juri sebulat suara dan kalau tengok pengiraan markah pun agak sepadan dengan persembahan mereka. Execution persembahan mereka juga tidak begitu bagus,” ulas Ramli.

@nizamjamil_ GEGAR VAGANZA 2021 MINGGU KE – 9 (SEPARUH AKHIR) – ANI MAYUNI #fyp #animayuni #gegarvaganza #gegarvaganza8 #sumpah #ainaabdul #jlopez #foryoupage ♬ original sound – NIZAM JAMIL

Shidee yang menyanyikan lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Kerna Dia (Yassin Sulaiman) ga.gal menempatkan diri ke pentas final minggu hadapan apabila memperoleh markah terendah 58.3%.

Manakala, Ani Maiyuni pula hanya memperoleh markah sebanyak 61%, menjadi peserta yang turut mengikut jejak langkah Shidee tersingk.ir pada minggu separuh akhir.

Persembahan bertenaga Ani menerusi lagu Let Get Loud (Jennifer Lopez) dan Sumpah (Aina Abdul) malangnya ga.gal menambat hati juri untuk melangkah ke pentas akhir.

Harini kamu tengok dia bagus, tapi rehearsal lagi bagus…kalau saya tengok 2 hari lepas, dia ‘pijak’ semua orang (minit 1:55)

Sementara itu, juri tetap Datuk Ramli MS pula menyifatkan Aweera kini sudah mula menemui identitinya yang sebenar berbanding persembahan minggu-minggu sebelum ini. Biarpun persembahan malam tadi sudah mantap, tetapi beliau menyifatkan sesi latihan Aweera 2 hari sebelum menjelang konsert jauh lebih bagus dan berpeluang mengalahkan semua peserta lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube FB Buzz, Tiktok NizamJamil

Be the first to comment on "“Bawa Lagu Pun Macam Berlenggang”- Ramai Tak Puas Hati Ani & Shide Tersingkir, Tokram Akhirnya Buka Cerita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*