Siti Saleha Sah Cer4i Talak Satu, Ini Jawapannya Bila Ditanya Sebab Pencerai4n

SELEPAS tiga bulan turun naik mahkamah, pelakon Siti Saleha akhirnya sah bercerai talak satu dengan suami Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Isnin.

Lafaz cerai dilakukan Ahmad Lutfi di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim kira-kira pukul 10.30 pagi.

Terdahulu, Siti Saleha hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna hitam ditemani ibu, bapa dan peguamnya, Azmi Mohd Rais.

Manakala Ahmad Lutfi hadir memakai sut hitam ditemani dua peguam.

SALEHAH66

Saleha tenang menjawab soalan daripada wartawan mStar.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ketika ditemui kelihatan tenang dan menganggap jodohnya dengan Ahmad Lutfi tidak panjang.

“Hari ini Alhamdulillah kami sudah bercerai cara baik, jodoh kami tak panjang… sampai sini sahaja.

“Tiada apa-apa yang boleh saya ulas, cuma kami tiada kesefahaman,” ujarnya.

SALEHA55

Krisis pandemik bukan punca perceraian

Sebelum ini, pada bulan September tahun 2020, Siti Saleha pernah ditanya mengenai keluarga dan perkahwinan ketika krisis pandemik Covid-19. Dia berkata, kehidupannya dan suami, Ahmad Lutfi Azhar dalam keadaan baik.

“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikan kami waktu untuk luangkan masa bersama memandangkan sebelum ini, masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Tempoh itu juga saya gunakan untuk kembangkan hobi saya menjadi bakat contohnya memasak dan melukis,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Siti Saleha mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perceraiannya dengan Ahmad Lutfi.

Saleha

Untuk rekod Siti Saleha dengan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Siti Saleha Sah Cer4i Talak Satu, Ini Jawapannya Bila Ditanya Sebab Pencerai4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*