Tak Boleh Terima Isteri Pernah Dirog0l, Luahan Lelaki Ini Buat Ramai Geram

Dugaan alam perkahwinan pastinya akan dialami oleh pasangan suami isteri sepanjang melayari bahtera rumah tangga mereka, tidak kiralah dari segi emosi, kewangan dan sebagainya.

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter milik personaliti TV Fedtri Yahya di mana dia berkongsikan luahan rasa daripada seorang jejaka yang tiba-tiba tidak dapat menerima kisah silam isterinya sebelum mereka berkahwin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Kata lelaki tersebut, isterinya ada memaklumkan bahawa dia pernah dir0g0l sebelum bernikah dan pada mulanya, lelaki itu menerima dengan hati yang terbuka.

Namun selepas tiga tahun berkahwin, bapa mentuanya pula mengaku bahawa isterinya itu merupakan anak tidak sah taraf sekaligus menjadikan lelaki itu berfikir dua kali sama ada untuk meneruskan perkahwinan tersebut kerana terasa dirinya seperti ditipu.

Cerita lelaki itu lagi, dia berasa kecewa kerana tidak mendapat isteri yang dara dan perkara tersebut sering kali bermain di fikirannya sehingga menjadi satu isu yang sangat besar di kemudian hari.

Sehubungan dengan itu, lelaki itu kemudiannya meminta pendapat netizen tentang bagaimanakah cara terbaik untuk ‘merelakan’ perasaan tersebut daripada terus menganggu rumah tangga yang dibina.

Dan sudah pasti, pelbagai respon dapat dilihat daripada komen yang dilontarkan netizen di mana kebanyakan mereka berpendapat bahawa isu tiada dara dan anak luar nikah ini bukanlah satu penghalang untuk seseorang mengejar kebahagiaan.

Namun, ada juga yang menyelar sikap lelaki itu yang seolah-olah menyalahkan wanita itu dir0g0l dan dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf memandangkan perkara itu di luar kemahuan isterinya.

Pendapat anda bagaimana? Apa-apa pun marilah kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram, Twitter Fedtri Yahya

Be the first to comment on "Tak Boleh Terima Isteri Pernah Dirog0l, Luahan Lelaki Ini Buat Ramai Geram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*