“Bilik Asing-Asing Ke Tu?” – Janna Nick Bercuti Dengan Kekasih Cetus Persoalan Ramai

Pasangan kekasih popular, Janna Nick dan Dini Schatzmann khabarnya sedang berada di luar negara bagi menghabiskan masa bercuti bersama.

Janna juga ada berkongsikan video-video momen percutian mereka di Instagram untuk tatapan peminat di luar sana.

Kelihatan begitu ceria sekali, Janna dan Dini dilihat telah pergi ke beberapa lokasi menarik di United Kingdom.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil meninggalkan komen gembira melihatkan kebahagiaan pasangan kekasih ini.

Namun ada juga komen-komen nakal netizen yang bertanyakan sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

“Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing?” komen seorang netizen.

“Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah, Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka..” sahut seorang lagi pengguna media sosial.

Namun begitu, ada pengguna Instagram menyangkal dakwaan netizen dan menjelaskan Janna dan Dini ke luar negara bagi urusan kerja dan turut disertai ramai pasukan produksi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Instagram Janna Nick

Be the first to comment on "“Bilik Asing-Asing Ke Tu?” – Janna Nick Bercuti Dengan Kekasih Cetus Persoalan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*