[VIDEO]“Terima Kasih Datuk Seri…” – Menteri Pertahanan Tolong Ikat Tali Kasut, Pelajar Luah Rasa Bertuah

Tindakan spontan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin yang melutut kerana ingin mengikat tali kasut seorang pelajar di atas pentas dalam sebuah majlis baru-baru ini ternyata telah mencuri perhatian warga maya.

Video ketika kejadian itu turut dikongsikan Hishammuddin di laman Facebook rasminya, baru-baru ini.

Tulis beliau, pelajar yang dikenali sebagai Adib itu datang ke Kementerian Pertahanan dari Kuala Kubu Bharu untuk urusan penyampaian bantuan persekolahan.

Ketika di pentas, tali kasut Adib dilihat terlerai ketika menaiki pentas dan Hishammuddin memaklumkan bahawa dia rasa terpanggil untuk membetulkannya. Beliau juga sempat mendoakan agar Adib berjaya dunia akhirat dan rajin belajar.

“Adik Adib datang Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini. Dari Kuala Kubu Bahru.
“Kemas. Segak. Cuma tali kasut nak terlerai masa naik pentas.
“Takpe. Biar MenHan betulkan 😄
“Jumpa lagi Adib. Belajar rajin-rajin. Stay safe. Saya doakan berjaya dunia akhirat!” tulis beliau di ruangan kapsyen Facebook.

Adib yang ditemui portal media mStar berkata bahawa sehingga kini dia sukat untuk mempercayai apa yang berlaku di atas pentas pada ketika itu.

Saya terharu dan terkejut. Macam tak percaya, tapi pada masa saya saya berasa amat bangga, memang akan simpan baik-baik kasut itu. Datuk seri sempat pesan supaya saya belajar rajin-rajin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by unknown (@adb.haq)

“Terima kasih Datuk Seri ikatkan tali kasut saya. Dan saya akan ingat pesanan Datuk Seri untuk belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berjaya…”katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin memang dikenali dengan sikap merendah diri kerana beliau pernah membetulkan tali kasut seorang pelajar lain dalam satu majlis berlainan.

Aksi spontan Ahli Parlimen Sembrong itu yang begitu mesra dan ramah membuatkan beliau disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : FB Hisyammuddin Hussein

Be the first to comment on "[VIDEO]“Terima Kasih Datuk Seri…” – Menteri Pertahanan Tolong Ikat Tali Kasut, Pelajar Luah Rasa Bertuah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*