“Artis Bollywood mana ni cantik sangat?”- Tak Over, Imej Sopan Heliza Di Majlis Resepsi Raih Pujian Ramai

Majlis perkahwinan adalah hari yang paling ditunggu bagi bakal raja sehari. Biasanya pada hari bahagia di majlis perkahwinan inilah kita mahu tampil anggun dan cantik.

Pelbagai tema dipilih untuk memeriahkan suasana detik paling membahagiakan ini.

Walau apa juga tema yang dipilih, penampilan hari itu mestilah mahu menjadi antara Ratu Sehari paling anggun dan cantik.

Tidak dinafikan ada yang memilih tema simple, klasik, garden wedding dan ada juga yang tertarik untuk menggayakan tema Bollywood sempena majlis perkahwinan.

Siapa tidak kenal dengan penyanyi Heliza Helmi yang cukup aktif dengan misi bantuan di Gaza. Sebelum ini Heliza pernah mengakui dirinya tidak pernah berasa tertekan masih belum mendirikan rumah tangga walaupun sudah berumur 35 tahun (2021).

Penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi keluarga suami Heliza Helmi di sebuah hotel mewah di Pulau Pinang.

Memilih persalinan lengkap bertemakan Bollywood dengan Heliza anggun mengenakan persalinan lengkap rona merah terang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Dengan sentuhan mekap ala pelakon Bollywood, pengantin perempuan kelihatan cukup memukau mata ramai apalagi dengan mengenakan selendang merah keemasan.

Bagi menyambut kemasukan pengantin pula, hanya alunan selawat ke atas Nabi bergema dengan penuh tenang dalam dewan besar tersebut.

Meskipun tidak mengenakan eksesori seperti kebanyakan selebriti lain, Heliza tetap kelihatan sopan dan cantik.

Umum mengetahui, penyanyi, Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz pada 1 Januari yang lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sejak tahun 2019 lagi, Dato’ Sri Mahadi telah ‘menyimpan’ perasaan terhadap Heliza dan menganggap perasaan itu hanyalah sekadar peminat terhadap artis.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :iamkang_cd, IG Heliza Helmi

 

Be the first to comment on "“Artis Bollywood mana ni cantik sangat?”- Tak Over, Imej Sopan Heliza Di Majlis Resepsi Raih Pujian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*