“Mungkin Dia Terlalu Emosi…”-Fizo Omar Simpati, Minta Netizen Henti ‘Bantai’ Mawar

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim selepas usahawan itu memuat naik gambar anaknya keseorangan di taman tema baru-baru ini.

Susulan perkongsian tersebut, Mawar dikecam teruk oleh netizen berikutan sekeping foto yang diterimanya daripada individu yang dirahsiakan identitinya.

Memetik portal OhBulan, Fizo berkata dia mengakui simpati dengan nasib bekas isterinya yang teruk dikecam netizen serta sudah memaafkan tindakan Mawar.

“Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikecam netizen. Saya sebenarnya tidak dikecam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.

“Ramai netizen yang ‘bantai’ Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya horm4ti. Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu beremosi atau mungkin ada salah faham,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Dalam pada itu, Fizo turut meminta netizen supaya berhenti mengecam bekas isterinya kerana walau apa pun terjadi Mawar tetap ibu kepada anak mereka.

“Saya harap netizen jangan buat andaian dan persepsi. Janganlah menghukum dan mengecam dia. Kita bersangka baik dengan semua perkara. Macam mana pun, dia tetap emak kepada anak saya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Terdahulu, Mawar ada memuat naik video Maryam ada menyebut perkataan ‘trouble’ dan ‘sad’ ketika ditanya selepas pulang bercuti dengan bapanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Fizo Omar, Oh Bulan

Be the first to comment on "“Mungkin Dia Terlalu Emosi…”-Fizo Omar Simpati, Minta Netizen Henti ‘Bantai’ Mawar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*