Rupanya Tak Sempat Kencing, Ustaz Dedah Ada ‘Budak’ Ajak Masuk Hutan

Remaja berusia 13 tahun yang hilang 30 jam dalam kejadian 12 Januari lalu sebelum ditemui selamat, percaya dirinya disorok makhlvk halvs di sebatang pokok terap yang terletak kira-kira 40 meter dari rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini.

Susulan peristiwa tersebut, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, berkata, selepas ini dia tidak lagi akan membuang air kecil di kawasan semak.

Cerita remaja itu, sepanjang hilang, dia tidak mengingati apa yang berlaku pada dirinya selain berasa hanya seperti tertidur selama satu jam dan ditemukan penduduk kampung.

Kehilangan seorang remaja berusia 13 tahun yang sebelum ini di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang pada 10 Januari lepas. Muhammad Iznun Al Azim Mahadi atau lebih mesra disapa sebagai Azim bagaimanapun masih tidak tahu sama ada dirinya ‘disorok’ dalam kejadian itu, ataupun sebaliknya.

Rupanya Tak Sempat Kencing Di Semak, Ustaz Bongkar Ada 'Budak' Ajak Masuk Hutan 2

Menerusi temubual eksklusif bersama portal mStar Online, adik Azim sendiri mendedahkan bahawa matanya tiba-tiba terlelap ketika semasa berhajat untuk pergi kencing di dalam semak. Meskipun tidak berjaya ditemukan dalam tempoh lebih 50 jam, tapi apa yang diingati olehnya cuma ‘tidur’ selama sejam sahaja.

Rupanya Tak Sempat Kencing Di Semak, Ustaz Bongkar Ada 'Budak' Ajak Masuk Hutan 3

Selepas beberapa hari ditemui dalam keadaan berjalan kaki sambil menjinjing selipar di tepi sungai, abangnya mengaku bahawa remaja 13 tahun tersebut dirujuk kepada beberapa pihak termasuk seorang ustaz.

Pengamal perubatan Islam itu malah dedahkan rupanya Azim tak sempat kencing pada masa itu, sebaliknya ada ‘budak perempuan’ mengajaknya untuk masuk ke hutan.

Rupanya Tak Sempat Kencing Di Semak, Ustaz Bongkar Ada 'Budak' Ajak Masuk Hutan 4

Selain itu, Azim buat masa ini sedang duduk bersama abangnya di Kuala Krai. Mengulas tentang perpindahan tersebut, ustaz berkenaan turut menasihati keluarganya agar jangan tinggal di kawasan rumah lama mereka susulan ada ‘sesuatu’ yang masih menunggunya.

Katanya, mengikut nasihat pengamal perubatan Islam yang membantu proses mencari baru-baru ini, makhluk halus di kawasan itu dipercayai ‘masih berminat’ dengan Azim.

“Azim dikatakan tidak boleh tinggal di rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini kerana bimbang diambil mahkhluk halus itu sekali lagi. Demi keselamatan, buat sementara waktu ini dia akan tinggal bersama bapanya dan mungkin juga akan bersekolah di Machang selepas ini,” katanya.

Ibu Azim pula, Khairul Nisyab Hamzah, 45, berkata, dia bersyukur apabila anak bongsu daripada empat beradik itu semakin pulih semangatnya.

“Kumpulan peng4mal perubatan mengatakan Azim berada di kawasan pokok terap itu dan pelbagai cara dilakukan termasuklah membaca al-Quran dan mengalunkan azan.

“Akhirnya, selepas pengamal perubatan itu berunding dengan makhlvk halvs itu, tidak lama kemudian Azim ditemukan seorang penduduk di sebuah jambatan kira-kira dua kilometer dari rumah dalam keadaan lemah serta kebingungan,” katanya.

Kata Khairul Nisyab, mereka tinggal di kampung itu sejak 20 tahun dan ini kejadian pertama menimpa anaknya.

“Beberapa tahun lalu, terdapat seorang anak Orang Asli di kampung ini yang hilang disorok makhlvk halvs, namun berjaya ditemukan semula. Penduduk percaya kejadian orang hilang secara misteri dan dikembalikan dalam keadaan lemah kerana dipercayai menjadi laluan ker4mat alam gh4ib,” katanya.

Tambahnya, pokok terap tumbuh di situ sebelum mereka sekeluarga tinggal di kawasan itu.

Katanya, mereka tidak menyangka pokok terap setinggi sembilan meter itu dihuni makhluk halus.

Dalam perkembangan lain, remaja tersebut akui kini lebih menjaga ibadahnya serta serik buang air di semak lagi.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan syukur kerana Azim akhirnya ditemui selepas beberapa hari kehilangannya. Ada juga yang tidak percaya akan kejadian mister1 ini berlaku pada zaman yang serba canggih dan moden kini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : YouTube mStar Online Malaysia, Utusan Online

Be the first to comment on "Rupanya Tak Sempat Kencing, Ustaz Dedah Ada ‘Budak’ Ajak Masuk Hutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*