“Tak Kisah Pakai Tudung Labuh…”- Zarina Anjoulie Mahu Bawa Watak Ustazah

Memang cukup dikenali dengan imej sekksi serta lantang berkata-kata, pelakon Zarina Anjoulie bagaimanapun memberitahu idam untuk membawa watak wanita baik contohnya sebagai ustazah dalam lakonannya.

Zarina atau lebih mesra dikenali sebagai Anju mahu menunjukkan kelainan dan elak dari membawa watak klise yang seringkali dimainkan oleh pelakon lain, sekali gus cabaran baru buatnya.

“Saya sebenarnya teringin hendak bawakan watak seorang ustazah. Watak sebegitu memang menarik, selain akan membuatkan penonton teruja untuk melihat saya dalam televisyen.”

Dalam pada itu, beliau turut berkata rela membuka bulu mata palsu dan memakai tudung labuh jika dirinya diberi kesempatan untuk membawa watak ustazah serta merasakan tidak salah untuk dia tampil dengan kelainan.

Ketika ditemui oleh pihak Kosmo di majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa, Anju turut mengakui dia menerima banyak tawaran berlakon sepanjang ‘berehat’ beberapa tahun lalu akan tetapi terpaksa menolaknya atas beberapa faktor dan terutamanya sebab terpaksa berjauhan dengan anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Memang dah lama saya tidak berlakon dan menolak banyak tawaran kerana tidak boleh jauh dengan anak.

“Kebanyakkan penggambaran perlu dilakukan di luar Kuala Lumpur dan Nilai. Namun, saya sedia mempertimbangkan sebarang tawaran,” kongsinya.

Terbaru, Anju menjawab soalan wartawan bila ditanya dah lama tak berlakon…sebab takde job ke takde offer kerana kontr0versi? di Instagramnya.

“Offer banyak tapi tak kena harga or luar kawasan.. camno?

“Tau la industry malaysia sedih bila offer payment tu ada jugak yg tak dapat payment langsung , so buat pe la nk buat keje susah bila ada keje lagi senang & lagi best sebagai influencer …”tulisnya.

Lantaran itu, ramai raka-rakan artis yang bersetuju dengan jawapan Anju dan turut meninggalkan pandangan masing2 terhadap perkara itu. 

Sekadar info, selain wanita tersebut, pelakon yang turut membintangi filem Hantu Kuat Ketawa itu adalah Saiful Apek, Syanie serta Along Cham dan ia akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 27 Januari.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kosmo Online, Instagram Anju

Be the first to comment on "“Tak Kisah Pakai Tudung Labuh…”- Zarina Anjoulie Mahu Bawa Watak Ustazah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*