“Dia malu, ini pun dia yang pilih…”- Vicha Barbie Akhirnya Tayang Suami Tercinta

Pelakon dan pelawak, Vicha hari ini mendedahkan wajah suaminya, dikenali sebagai Johnson di Instagram selepas lebih dua tahun berumah tangga.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman ketika dihubungi berkata, dia membuat ‘perjanjian’ dengan sahabat karibnya, Syura Badron untuk bersama-sama mendedahkan wajah suami mereka jika kedua-duanya sudah bersedia.

“Saya dan Syura memang rapat dan kami pernah berjanji, kalau suatu hari nanti, Syura dah dedahkan wajah Farizat (suami Syura) kepada umum, saya akan dedahkan wajah suami saya.

“Jadi, semalam, ketika bergambar bersama pasangan pengantin baru itu, suami saya pun bersetuju untuk saya muat naik gambarnya ke Instagram pada hari ini,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie)

“Selepas saya bagitahu yg saya sudah menikah banyak yg DM vicha tunjuklah suami awak nak tengok hehehhee 😁 kalau boleh kita cakap selama 7 tahun ni saya dengan dia rasanya gambar kami ber2 hanya ada beberapa jer

“Daddy ni bukan typical yang suka ambil gambar kena pujuk dulu baru mau yg kenal pasti tau dia mcm mana betul tak?Dia selalu cakap saya ni bukan artist mcm awak saya ni orng biasa jer so tak payah post2 hahahaha

“Tapi tak ape ni kita belanja gambar buat kenang2an siapa tau kami ada rezeki berdua boleh juga buat majelis kawin mcn yg kami impikan insyaallah

“I know allah selalu permudahkan urusan kami yakin jer dengan perancangan allah so semalam kat majlis wedding ka @syurabadron boleh lah feeling2 gitteeww” tulisnya di ruangan kapsyen laman Instagram miliknya.

Menurut Vicha, Johnson yang dipanggil ‘Daddy’ oleh rakan-rakannya adalah seorang yang pemalu untuk bergambar di hadapan kamera dan mereka jarang sekali bergambar bersama.

“Sepanjang tujuh tahun kami berkenalan sehinggalah sudah berumah tangga, boleh dikira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang diambil. Dia memang jenis pemalu untuk bergambar.

“Tapi, disebabkan saya bekerja di dalam industri hiburan, mahu atau tidak, dia perlu membiasakan dirinya. Gambar yang saya muat naik ke Instagram itu pun, dia yang pilih,” katanya.

Sejak berita perkahwinannya tular, setiap hari Vicha menerima kiriman mesej daripada netizen yang meluahkan hasrat untuk melihat wajah suaminya.

“Hari-hari ada yang DM (mesej) dan beritahu, nak tengok suami saya. Saya beritahu mereka, Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan. Jadi, hari ini saya dah tunaikan permintaan mereka,” katanya.

Hasil perkahwinan Vicha dan Johnson, mereka dikurniakan anak lelaki, Michael Trevo Ayomide yang kini berusia dua tahun.

Terbaharu, Vicha baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama terbitan Zeel Production.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Vicha Barbie, Harian Metro

Be the first to comment on "“Dia malu, ini pun dia yang pilih…”- Vicha Barbie Akhirnya Tayang Suami Tercinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*