Dulu Terlantar, Hilang Ingatan Kini Suami Dah Pandai Masak Sendiri

Hati isteri mana yang tidak terkilan apabila suami dinikahi sekian lama tidak lagi mengenali dirinya selepas kehilangan ingatan atau amnesia gara-gara terbabit nahas jalan raya 2017 dahulu. Tak cukup dengan itu, rumah tangga mereka juga pernah diduga isu fitnah khalwat walhal terdapat beberapa ahli keluarga lain bersama di dalam rumah.

Namun sebalik semua dugaan itu, apa yang mengagumkan adalah sikap tabah dan kesetiaan tidak berbelah bahagi Siti Rohayu menjaga suami daripada terlantar hingga pulih sepenuhnya.

Berkat kekuasaan-Nya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki kini bukan saja mampu bercakap dan bergurau seperti sedia kala, malah mampu berdikari di dapur lagi.

Berkat Isteri Tak Pernah Jemu Jaga Terlantar Dulu, Kini Suami Siap Pandai Masak

Berkat Isteri Tak Pernah Jemu Jaga Terlantar Dulu, Kini Suami Siap Pandai Masak

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Siti Rohayu kagum apabila suaminya rajin berupaya masak sendiri walaupun kini tergolong sebagai OKU. Daripada menumbuk lesung batu hinggalah menggoreng pelbagai juadah lauk, ternyata Muhamad Ridhwan mampu berdikari tanpa bantuan sesiapa pun.

Ibu kepada 2 anak ini akui mengajar pasangannya beberapa kemahiran asas, sekurang-kurangnya sebagai persediaan seandainya dia ‘pergi’ dahulu nanti.

@sitirohayu303 Hebat seorang SUAMI walaupun OKU😥 Ajar semua benda, Bila umy tiada nanti boleh berdikari sendiri😭 #fyp #fypシ ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

Selain itu, Siti Rohayu juga turut berkongsi tentang kehidupan suaminya kini. Menerusi video di Tiktok, suaminya itu dibawa ke klinik pergigian untuk buat gigi palsu tetapi tak boleh . Doktor terpaksa cabut kesemua gigi yang sedia ada sekarang kerana rosak. Menurutnya, proses ini terpaksa dilakukan bukan untuk menyakiti si suami tapi untuk kelihatan sempurna dan mengembalikan keyakinan suaminya saat berdepan orang ramai.

@sitirohayu303 GARA2 NAK HENSOME #fyp #fypage #fypage #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ original sound – 👸💜Nika Princess💜👸

Serius terkejut dengan perubahan dia…berkat kesabaran & doa seorang isteri, kesihatan suami makin baik

Meninjau ke ruangan komen, netizen pun kagum dengan tahap recovery kesihatan yang dikecapi oleh suami wanita berkenaan. Selain berharap rumah tangga pasangan ini kekal bahagia, mereka turut percaya bahawa ini adalah sebahagian rezeki Siti Rohayu berkat ketabahannya beberapa tahun dahulu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok sitirohayu303

Be the first to comment on "Dulu Terlantar, Hilang Ingatan Kini Suami Dah Pandai Masak Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*