Hingga Akhir Waktu, Kisah benar hidup ibu bapa Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad,29, mengangkat kisah hidup kedua ibunya dalam muzik video lagu Hingga Akhir Waktu yang dilancarkan jam 9 malam ini di saluran YouTube Uyaina Arshad.

Uyaina berkata, arwah bapanya Leftenan Komander Arshad Ibrahim adalah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun di Auckland, New Zealand.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Hingga Akhir Waktu adalah lagu yang ditulis bersama oleh suami saya, Raja Syahiran. Interpretasi lagu ini luas. Bukan saja terhadap pasangan, tetapi cinta ibu bapa kepada anak anak, dan anak anak kepada ibu bapa.

“Dan kisah kedua ibu bapa saya adalah cerita yang kami angkat sebab ia berdasarkan kisah sebenar. Arwah Baba saya adalah seorang anggota TLDM. Baba meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun di New Zealand. Hampir 25 tahun berlalu, Ummi tak berkahwin lain dan membesarkan empat orang anak seorang diri. 

“Bagi Ummi, erti Hingga Akhir Waktu adalah cinta bersama arwah suaminya dan kebahagiaan yang dikongsi bersama anak anak dan cucunya,” katanya.

Berkongsi lanjut lagu Hingga Akhir Waktu, idea asal daripada suaminya, Raja Syahiran dan jalan cerita daripada Uyaina sendiri. Sementara lirik ditulis oleh Iky Asyraf, Raja Syahiran dan Uyaina.

Menariknya, dalam muzik video itu, Uyaina melakonkan watak ibunya, Siti Noor Farah.

“Saya memegang watak Ummi ketika muda dan abang saya yang nombor dua, Kapten Azameer Uzreem memegang watak sebagai arwah Baba waktu muda.

“Semoga lagu dan muzik video lagu Hingga Akhir Waktu dapat diterima baik. Saya tidak sabar nak melihat maklum balas daripada semua. Dalam masa sama, saya ingin mesej dalam lagu dan muzik video ini sampai kepada penonton,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Terdahulu, Uyaina selamat mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember lalu di Colony Star Boulevard, di ibu kota.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Uyaina Arshad, Harian Metro

Be the first to comment on "Hingga Akhir Waktu, Kisah benar hidup ibu bapa Uyaina Arshad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*