Kecoh jumpa ular sawa, wartawan cilik dah masuk TV

Sejak semalam, seorang kanak-kanak lelaki Muhammad Haziq Mohd Asyraf menjadi bualan warganet selepas videonya tular berhubung ‘laporan’ penemuan seekor ular sawa secara ‘live’ di laman Facebook.

Rakaman berdurasi dua minit 47 saat tersebut memaparkan kanak-kanak berusia 11 tahun itu memaklumkan penemuan reptilia berkenaan di dalam longkang di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Terbaharu, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau itu ditemu bual dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) pagi ini selepas aksi penyampaiannya mengundang perhatian warganet sehingga digelar ‘wartawan cilik’.

Menurut Muhammad Haziq, dia yang bercita-cita mahu menjadi seorang cef itu sememangnya sering melaporkan sebarang kejadian berlaku di Bukit Selambau seperti kes kemalangan untuk diwar-warkan kepada penduduk.

Ditanya sekiranya bakat petah berkata-kata itu diperoleh daripada ibu bapanya, kanak-kanak berkenaan menjelaskan dia hanya belajar sendiri kerana gemar menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai.

Terdahulu, aksi panik Muhammad Haziq yang sering menyebut ‘ulaq amat besaq dan amat dahsyat’ dalam ‘laporannya’ membuatkan penonton geli hati selain terhibur dengan aksi penyampaian penuh bersemangat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Facebook Putra Mar & MHI

Be the first to comment on "Kecoh jumpa ular sawa, wartawan cilik dah masuk TV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*