“Dia sangat menjaga solat”- Akhirnya Jumpa Pengganti, Iqbal Berjanji Akan Membuatnya Bahagia?

Tindakan usahawan kontrversi Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik foto dan video bersama seorang gadis di laman Instagram mengundang pertanyaan netizen yang mahukan kepastian adakah benar dia kini sudah menemui cinta baharu di Indonesia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Tampil menjawab persoalan itu, Iqbal, 27, menjelaskan dia kini sedang mengenali seorang wanita yang juga merupakan penyanyi sedang meningkat naik di negara seberang bernama Indah Nevertari.

Kata Iqbal, hubungan mereka mula akrab sejak dua minggu lalu dan mengakui selesa bersahabat dengan juara program realiti nyanyian Rising Star Indonesia musim pertama itu.

“Kami sekarang sedang kawan-kawan, boleh dikatakan kawan rapat. Kami bertemu di sebuah studio rakaman di Jakarta. Selepas saya post foto dan video bersama di Instagram memang ramai yang mesej mendoakan agar hubungan kami ini ke fasa seterusnya.

“Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

“Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga… buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram milik Indah, penyanyi itu meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yang baik dan memahami perjuangannya dalam industri seni.

“Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan Innev (nama panggilan Indah) dengan seseorang yang sangat baik, rendah diri dan memahami setiap perjuanganku.

“Aku berjanji akan selalu membuatkmu gembira. Terima kasih kamu yang tampan Iqbal,” tulis Indah.

Sementara itu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ini memberitahu dia terbuka hati untuk mengenali Indah kerana sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi berusia 29 tahun itu.

“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.

“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materi4listik atau memandang harta benda.

“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Iqbal meluahkan rasa syukur dengan pertemuannya bersama Indah yang disifatkan seorang yang sangat baik, rendah diri, dan memahami perjuangannya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar, Instagram Iqbal

Be the first to comment on "“Dia sangat menjaga solat”- Akhirnya Jumpa Pengganti, Iqbal Berjanji Akan Membuatnya Bahagia?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*